Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.

Oleh Adam Malik

Seluruh negara mula pandang sinis terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebaik sahaja rakyat dimaklumkan akaun parti mereka telah dibekukan oleh SPRM.

SPRM tentu ada asas apabila bertindak sedemikian dan pasti tidak melulu atau tergopoh gapah bertindak.

Memandangkan siasatan telah bermula dua bulan lalu maka nyata sekali SPRM sudah mendapati ada asas sebuah parti kecil tiba tiba kaya raya ada wang begitu banyak didalam akaun parti mereka.

Rakyat juga tidak jahil apabila sudah melalui pengalaman yang ada pada kisah wang 1MDB dan juga pembekuan akaun parti UMNO.

Apa yang menarik setelah berhabisan berbelanja di PRU 15 , PPBM masih ada baki ratusan juta lagi didalam akaun nya.

Ini bermakna wang diletak di akaun individu proksi parti PPBM pasti lebih berganda jumlah nya.

Tidak perlu saintis roket untuk ketahui perkara ini.

Yang membuat PPBM begitu angkuh ada lah keyakinan mereka akan terus jadi kerajaan selepas PRU15 lalu apa apa wang ada didalam akaun pasti tidak akan di siasat jika Menteri Menteri PPBM berkuasa.

Namun , takdir menentukan walau menang lebih banyak sedikit mereka tetap tidak menjadi kerajaan.

Tambah lagi dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO memiih untuk bergabung dengan Pakatan Harapan yang sangat tidak disangka oleh PPBM dan PAS.

Ini kerana UMNO telah diikat dengan slogan bodoh “No DAP No Anwar “  hasil ciptaan pengkhianat dalam UMNO.

Ini supaya apabila UMNO dibuli dipijak oleh PPBM dan PAS pun UMNO tidak dapat lari.

Namun , kebijaksanaan pemimpin UMNO yang setia kepada parti telah membuat helah “Go Solo” dan lihat dulu berapa kerusi yang UMNO akan menang dan kemudian baru berunding.

Akhir nya UMNO buat Tindakan luar kotak dan memilih untuk bersama Pakatan Harapan apabila UMNO gagal menjadi pembangkang kerana tiada parti lain walaupun menang lebih sikit dari UMNO mampu lepas halangan “First past the post” untuk jadi kerajaan.

UMNO telah membuat Perikatan Nasional terprangkap dan terpaksa menjadi pembangkang.

Kini PPBM menerima nasib yang sama dengan apa yang mereka dan Tun Mahathir lakukan terhadap UMNO.

Akaun PPBM dibeku dan PPBM kini beri alasan bodoh untuk melepaskan pembekuan.

Antara alasan terbodoh adalah pelepasan untuk membayar gaji kakitangan PPBM.

PPBM terlupa akaun masih dalam siasatan dan ia nya satu yang mustahil.

PPBM dilaporkan masih banyak sumber diluar atas nama nama penerima projek dan tender PKP , itu semua orang sudah tahu.

Malah didalam bilik Muhuiddin Yassin pun dilaporkan oleh Annuar Musa ada puluhan juta , maka tentu PPBM tiada masalah.

UMNO merana bertahun tahun Ketika PPBM tiada hati perut membeku akaun mereka.

Malah PPBM pergi lagi jauh dengan pendana UMNO seperi Ku Nan juga dikenakan Tindakan.

Malah pendana utama Datuk Seri Najib juga dikenakan pembekuan akaun.

Maka, usah lah PPBM dan Muhyiddin Yassin berlagak jahil dan bersandiwara.

Apa yang sepatut SPRM lakukan ada lah beku akaun Muhyiddin juga.

Itu baru betul dan Tindakan tepat.

Sambil itu , pepandai lah PPBM buat ‘scheme of things’ untuk survival parti.

Jangan hanya bijak lakukan ‘scheme of things’ untuk perguna barua dari UMNO sahaja untuk porak perandakan UMNO.

Juga , ingat lah apa yang PPBM Ketika menjadi kerajaan dalam kerajaan 22 bulan Tun Mahathir dan kemudian jadi kerajaan 17 bulan lakukan kezaliman terhadap UMNO dan pemimpin nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker