Bekas banduan antara 7 ditahan curi kenderaan, pecah rumah

Bekas banduan antara 7 ditahan curi kenderaan, pecah rumah

Bekas banduan antara 7 ditahan curi kenderaan, pecah rumah
Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) menunjukkan rampasan peralatan mencuri kenderaan, alat pecah rumah, telefon bimbit dan sejumlah wang dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Seorang bekas banduan yang dibebaskan enam bulan lalu tidak serik apabila kembali melakukan jenayah mencuri kenderaan dan pecah rumah.

Kegiatan lelaki berusia 37 tahun itu terbongkar apabila ditahan bersama enam lagi lelaki dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di sini, antara jam 12.15 tengah malam hingga 4 pagi, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata serbuan dilakukan hasil penemuan cap jari seorang daripada suspek di sebuah rumah yang mereka pecah masuk.

Katanya, berikutan itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Kubang Kerian membuat serbuan menerusi Op Lejang.

“Ketika operasi menangkap suspek berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota patah jari kelingking tangan kanan. Namun, polis berjaya menahan tujuh lelaki berusia antara 36 hingga 58 tahun di dua rumah itu.

“Hasil pemeriksaan, kita menemukan lima kereta Proton Wira yang disyaki dicuri, peralatan mencuri kenderaan, alat pecah rumah, telefon bimbit dan sejumlah wang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kenderaan dijual dengan harga antara RM3,000 hingga RM5,000. Kenderaan ini dicuri kerana mendapat permintaan tinggi, mudah dijual dan mudah dibuka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, polis masih menjalankan siasatan sama ada mereka menjual kenderaan ini untuk digunakan dalam kegiatan lain termasuk penyeludupan dan sebagainya.

Beliau berkata, bekas banduan yang mempunyai 10 rekod kesalahan lampau iaitu lima berkaitan dadah serta lima kes jenayah mengaku menjadi ketua kumpulan kepada kes pecah rumah dan curi kenderaan serta mereka juga disyaki bertindak sebagai sindiket.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 325/353 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 7 Februari ini,” katanya.

Polis tahan 2 lelaki curi 87 motosikal

Bekas banduan antara 7 ditahan curi kenderaan, pecah rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker