Malaysia seru pemimpin dunia bersuara untuk Palestin

Malaysia seru pemimpin dunia bersuara untuk Palestin

Malaysia seru pemimpin dunia bersuara untuk Palestin
ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru pemimpin dunia untuk memperjuangkan keadilan buat rakyat Palestin yang masih diserang tentera Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengutuk kempen penindasan ke atas tahanan Palestin di beberapa penjara di Israel.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kempen penindasan tanpa henti dan ganas terhadap tahanan Palestin di beberapa penjara pendudukan Israel serta hukuman kolektif dan tindakan balas terutama terhadap tahanan dari Jenin di West Bank.

“Malaysia menyeru semua pemimpin dunia serta rakyat bebas untuk mengecam secara mutlak pembunuhan rakyat Palestin yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel.

“Kita juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk meminta rejim Israel bertanggungjawab atas jenayah ini dan menuntut pihak itu menghentikan kekejaman dan kebiadaban mereka ini serta merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Tentera Zionis dilapor terus memberikan tekanan kepada rakyat Palestin dengan menahan rakyat-rakyat yang tidak bersalah dan memasukkan mereka ke dalam penjara.

Awal bulan lalu, dua kanak-kanak yang ditahan di Penjara Jenin dilepaskan tentera Israel sementara 40 lagi individu masih ditahan. Jumlah keseluruhan tahanan kanak-kanak masih belum dikenal pasti.

Anwar turut menyampaikan rasa simpati beliau terhadap rakyat Palestin yang masih bertarung nyawa di negara itu.

“Malaysia mengucapkan takziah dan doa kepada keluarga berpuluh-puluh rakyat Palestin yang terkorban dan cedera akibat pencerobohan yang tidak dapat dielakkan oleh tentera Israel semasa serbuan baru-baru ini di kem pelarian Jenin.

“Malaysia terus berdiri dalam solidariti dengan rakyat Palestin dan mengesahkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan tujuan mereka untuk mencapai kebebasan daripada penjajahan haram Israel.

“Semoga dapat direalisasikan aspirasi mereka untuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota bagi rakyat Palestin,” ujarnya. – UTUSAN

Malaysia seru pemimpin dunia bersuara untuk Palestin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemimpin PBB seru jadikan 2021 ‘tahun pemulihan”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker