Kesalahan Peguam Negara tidak berani dakwa Nazlan atas kesalahan jenayah

Peguam Negara hanya suruh SPRM rujuk Ketua Hakim Negara atas kesalahan langgar kod etika hakim.

Oleh Nurul Aisyah

Nazlan, Zeti & Tawfiq

PROPAGANDA yang cuba dibuat oleh Badan Peguam sebenarnya mengundang kontroversi berkenaan fungsi Peguam Negara dan adakah Badan Peguam masih relevan apabila mereka dilihat sentiasa berpolitik sehingga mengabaikan fungsi sebenar badan tersebut.

Badan Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Idrus ketika mesyuarat agung luar biasa pada Rabu.

Usul yang dikemukakan untuk diundi menyatakan bahawa Badan Peguam tidak percaya kepada peguam negara atas “kegagalannya mempertahankan badan kehakiman dan menegakkan kedaulatan undang-undang”.

Kesalahan Peguam Negara adalah beliau tidak berani mendakwa Nazlan atas kesalahan jenayah sorok maklumat bagi kepentingan diri. Sebaliknya, Peguam Negara hanya menyuruh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rujuk Ketua Hakim Negara atas kesalahan langgar kod etika hakim.

Idrus ialah bekas peguam cara negara sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 2014. Beliau meletak jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan menerima pelantikan sebagai peguam negara sejurus selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020.

Tempoh perkhidmatan Idrus, yang sepatutnya berakhir awal tahun ini, baru-baru ini dilanjutkan selama enam bulan hingga 2 Sept.

Memandangkan Idrus akan berhenti 4 bulan lagi pada bulan September, beliau sebagai Peguam Negara patut dakwa sahaja Nazlan. Idrus tidak perlu minta kebenaran dari Maimun sebab protokol itu tidak wujud pun dalam mana-mana undang-undang negara.

Bekas peguam negara Abu Talib Othman, yang menjadi peguam negara antara 1980 dan 1993 menyifatkan undi “tidak percaya” yang dibuat pada Rabu oleh ahli profesion guaman terhadap Idrus Harun, sebagai “belum pernah berlaku dalam sejarah negara”. Ianya dilihat bermotifkan politik semata-mata.

Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa peguam negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa beliau perlu turut memikul tanggungjawab sebagai pendakwa raya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker