Resepi Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa

Resepi Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa
Resepi Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa

 

Resepi Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa, resepi yang sangat mudah dan sedap, untuk memastikan rasa yang terbaik, pastikan ikan dan kelapa parut yang segar dipilih.Sedap dihidang bersama ais asam sambal belacan.

 

Bahan-bahan:

 

  • 1 ekor ikan jenahak, boleh juga di gantikan dengan iklan lain seperti siakap atau ikan merah
  • serbuk kunyit dan garam
  • daun pisang yang digunakan ketika memanggang
  • Bahan untuk sambal kelapa:
    • 3-4 sudu besar kelapa parut
    • 2 cm kunyit hidup
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 3 ulas bawang merah, hiris nipis
    • 1 cm halia yang di hiris nipis
    • 3 tangkai cili kering, direbus
    • garam dan gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Bersihkan ikan dan belah belakang. Sapukan dgn garam dan kunyit.Biarkan seketika.
  2. Sumbat dari bahagian belakang ikan dengan sambal kelapa, kemudian balut bahagian tengah ikan dengan daun pisang dan bakar.
  3. Cara untuk sambal kelapa:
    1. Dalam lesung batu, tumbuk kunyit, serai, halia,
    2. cili kering dan bawang merah hingga lumat. Kemudian masukkan kelapa parut, sedikit garam dan gula secukup rasa.

 

Tip:

 

  • Pastikan anda tidak menggunakan api yang terlalu kuat ketika memanggang ikan kerana untuk mengelakkan dari iklan dari terlebih masak, ini akan menyebabkan ikan kehilangan lembapan dan menjadi terlalu kering atau keras

Resepi Biskut Kelapa Rangup

Resepi Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker