Usia 56 tahun tak halang Miura beraksi di Portugal

Tokyo: Kazuyoshi Miura akan meneruskan kerjaya profesionalnya di Portugal pada usia 55 tahun selepas bekas penyerang Jepun itu menyertai kelab divisyen dua, Oliveirense secara pinjaman daripada Yokohama FC.

Miura, yang berusia 56 tahun bulan ini, akan memasuki musim ke-38 dalam karier bola sepak profesionalnya.

Portugal akan menjadi negara keenam Miura, yang digelar ‘King Kazu’ oleh peminat, selepas memulakan perjalanan luar negara bersama kelab Brazil, Santos pada 1986.



Miura memulakan kerjayanya di luar negara kerana Jepun tidak mempunyai liga profesional ketika itu, sebelum bermain untuk kelab termasuk Verdy Kawasaki, Genoa, Dinamo Zagreb dan Vissel Kobe.

“Walaupun ini tempat baharu untuk saya, saya akan bekerja keras untuk menunjukkan kepada semua orang jenis permainan yang saya ada,” kata Miura.

Dia adalah pemain tertua yang menjaringkan gol dalam Liga-J, dalam saingan divisyen dua menentang Thespakusatsu Gunma pada 2017.



Miura bermain 89 kali untuk Jepun, memenangi Piala Asia pada 1992, dan juga penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman dengan 55 gol.

Perlawanan antarabangsa terakhirnya adalah pada tahun 2000.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button