KOTA PERTAHANAN ATAS BUKIT DI SABAH

KENALI KOTA BELUD SEBALIK NAMA

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, iaitu “Kota” yang bermaksud kubu pertahanan manakala “Belud” pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”.
Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai “Daerah Koboi Timur” kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

Pada tahun 2010, daerah Kota Belud dianggarkan seramai 91,272 jumlah penduduk, kebanyakannya dipercayai berasal dari suku kaum terbesar iaitu Bajau, Dusun dan Irranun.

Terdapat juga minoriti kaum Cina, terutama yang terdiri daripada suku kaum Hakka. Kota Belud juga menjadi latar belakang sebagai tempat melihat keindahan landskap Gunung Kinabalu.



Merealisasikan istilah “Kubu Pertahanan di atas Bukit” sudah pasti jiwa masyarakat Kota Belud bersemangat juang untuk mempertahankan sesuatu yang berharga bagi mereka, Sesuatu yang bermaruah untuk dilindungi sebagai aset yang tiada nilainya iaitu pemimpin mereka Dr. Salleh Said Keruak.

Pasca era moden ini, sudah pastinya peranan masyarakat kota Belud akan melihat dan menilai seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk mereka. Pemimpin yang sentiasa melihat kebawah dan bukan mendongak ke langit.

Sejarah tidak pernah berbohong mengenai kejayaan seseorang pemimpin, Kejayaan rakyat Kota Belud ialah apabila mereka berjaya bersama-sama memilih pemimpin yang mengutamakan keperluan serta infrastruktur yang mana rakyat Kota Belud idamkan selama ini.

Pemimpin pilihan rakyat Kota Belud itu semestinya Dr. Salleh Said Keruak yang telah membawa Kota Belud dengan kemajuan yang diimpikan selama ini sejajar dengan keperluan serta perkembangan semasa untuk rakyat.



Sesuatu yang amat membanggakan rakyat Kota Belud apa bila pada tahun 2015, ketika Dr. Salleh menjawat jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, tanpa menunggu masa bertahun tahun, Dr Salleh telah melakukan perancangan Penambahbaikan Infrastruktur Telekomunikasi di Kota Belud.

Pada tahun yang sama proses pengumpulan data infrastruktur sedia ada merangkumni liputan dan kapasiti jalur lebar talian tetap dan tanpa wayar telah dijalankan khusus untuk Daerah Kota Belud sahaja.

Ini merupakan hadiah terbesar yang diberikan oleh seorang pemimpin anak watan kepada rakyat Kota Belud, dimana sebelum ini berhadapan dengan masalah capaian gelombang dalam telekomunikasi. Cuba bayangkan di Kota Belud sahaja terdapat 69 menara telekomunikasi.

Menurut data sehingga suku ke-4, 2018 menunjukkan liputan LTE atau 4G di Kota Belud telah meningkat dari hanya 6.1% sahaja sebelum ini kepada 51.4%. Liputan 3G dari 73.5% kepada 93.8% dan 2G dari 84.8% kepada 93.8%.

Pencapaian yang amat membanggakan rakyat Kota Belud, yakni Usukan sudah pastinya dapat memilih Dr. Salleh sebagai pemimpin mereka. Ternyata Kota Belud satu-satunya daerah dirakamkan secara panjang lebar dalam laporan suku ke 4 tahun 2018. Selain Kota Belud ialah Lundu, Sarawak, Langkawi, Putrajaya, Kemaman dan berberapa Daerah lain.

Bersambung….

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker