Polis sudah tahan pemandu treler
Polis sudah tahan pemandu treler
IPOH: Polis menahan pemandu treler yang melarikan diri, selepas dikatakan menjadi punca kemalangan mengakibatkan seorang parah di KM69, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli di Gerik, seperti video tular semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata kemalangan jalan raya itu berlaku lebih sebulan lalu, iaitu pada 29 Oktober lalu.
Beliau berkata, kemalangan itu berlaku pada kira-kira 11 pagi membabitkan treler bersama tiga kenderaan lain, mengakibatkan seorang wanita berumur 31 tahun parah, manakala beberapa mangsa lain cedera ringan.
”Katanya, kemalangan berpunca daripada muatan siling warna putih yang dibawa oleh treler dalam perjalanan dari Gerik menghala ke Jeli, terjatuh dan menimpa kereta yang dinaiki wanita terbabit.”Pemandu seorang lelaki berusia 29 tahun tidak cedera, manakala isterinya parah dan dirujuk ke Hospital Tanah Merah, Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata, pemandu treler itu, lelaki berusia 47 tahun ditahan pada hari yang sama ketika melalui sekatan jalan raya Batu Melintang dekat Jeli, Kelantan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk disiasat lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan kertas siasatan juga sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Polis sudah tahan pemandu treler
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar
- Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?