Fasiliti CTRM jadi hab kalibrasi Asia Pasifik pertama Testia

Fasiliti CTRM jadi hab kalibrasi Asia Pasifik pertama Testia

Fasiliti CTRM jadi hab kalibrasi Asia Pasifik pertama Testia
FOTO ARKIB NSTP

COMPOSITES Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), mencipta satu lagi detik bersejarah dalam industri aeroangkasa apabila fasiliti ujiannya disahkan sebagai hab kalibrasi rantau Asia Pasifik untuk produk ujian oleh Testia, anak syarikat Airbus.

Melalui Perjanjian Perkhidmatan Induk antara CTRM dan Testia, baru-baru ini, anak syarikat CTRM iaitu CTRM Testing Laboratory Sdn Bhd (CTRM TL) dipilih sebagai hab kalibrasi pertama untuk produk ujian Testia di rantau Asia-Pasifik (Apac) dan yang pertama di luar pangkalan Testia di Toulouse, Perancis.

Perkhidmatan lain yang akan disediakan termasuk latihan Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing), program Akademi Kadet NDT untuk pembangunan tenaga kerja bertauliah melalui latihan teori dan di tempat kerja, serta pengedaran produk Testia di rantau Asia-Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, melalui perjanjian ini, CTRM TL akan menawarkan perkhidmatan makmal untuk kalibrasi produk Testia dan menjadi platform pendaftaran komprehensif untuk Akademi Kadet NDT Testia.

Katanya, CTRM TL juga mengintai peluang untuk menjadi pengedar dan pusat latihan rasmi bagi rangkaian produk dan perkhidmatan NDT Testia di rantau ini.

“Pelantikan ini sememangnya satu pencapaian membanggakan yang mana keupayaan CTRM diiktiraf oleh Testia dan kumpulan Airbus secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Fasiliti CTRM jadi hab kalibrasi Asia Pasifik pertama Testia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker