Syafi’ei dicari kes ragut gadis sehingga cedera

Oleh – Syeikh Baran


Syafi’ei dicari kes ragut gadis sehingga cedera
Muhammad Syafi’ei.

Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dikenalpasti terlibat dalam jenayah ragut terhadap seorang gadis sehingga tular di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek dikenali Muhammad Syafi’ei Hasan yang berusia 24 tahun.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Daerah ini di talian 03- 33762222 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan perjalanan seorang gadis menuju ke tempat kerja bertukar malang apabila diragut penjenayah sehingga cedera akibat terjatuh daripada motosikalnya di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, Isnin lalu.

Kejadian tular pukul 8.50 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun cedera di tangan dan kaki selain beg silangnya dilarikan suspek.

Mangsa kerugian RM3,000 selepas kehilangan beg itu yang berisi telefon bimbit Iphone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.

Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker