Penampilan sulung Fernandez gagal bantu Chelsea

London: Pemain yang mencatatkan rekod perpindahan tertinggi Liga Perdana Inggeris (EPL), Enzo Fernandez melakukan penampilan sulung ketika kelab barunya, Chelsea mencatat keputusan mengecewakan seri 0-0 bertemu Fulham.

Pemain tengah yang membantu Argentina muncul juara Piala Dunia, berpindah dari Benfica dengan nilai £107 juta (RM548 juta).

Dia dilihat selesa beraksi dan menunjukkan sentuhan berkelas dunia, melakukan hantaran tepat serta merampas bola tepat pada waktunya.

Tetapi Fulham yang menamatkan perlawanan dengan lebih gembira di Stamford Bridge, selepas memperoleh empat mata daripada jiran mereka dalam dua perlawanan liga musim ini, melonjakkan mereka ke tangga keenam dan sudah berada di kedudukan untuk beraksi dalam saingan Eropah.



Mereka dua mata mengatasi Chelsea yang berada di tangga kesembilan dengan mengumpul 30 mata daripada 21 perlawanan.

Tuan yang rumah tumpas 1-2 kepada Chelsea dalam aksi pertama tiga minggu lalu tidak dapat menggunakan kelebihan di depan gawang, dengan percubaan paling hampir melalui Kai Havertz apabila sepakan lambung pada separuh masa pertama terkena palang.

Jurulatih Chelsea, Graham Potter, dengan hampir £300 juta (RM1.5 bilion) pembelian baru untuk dipilih, memberikan permulaan pertama kepada Mykhailo Mudryk tetapi pemain Ukraine itu dikawal ketat di sebelah kanan dan digantikan seorang lagi pemain baru, Noni Madueke yang kelihatan lebih mantap.

“Kami mempunyai ramai pemain baru. Saya pasti kami akan lebih mengenali permainan masing-masing lebih mendalam dengan cara semula jadi,” kata Madueke.



Potter turut mengalu-alukan kepulangan pemain sayap England, Reece James dan Ben Chilwell serta Raheem Sterling daripada kecederaan tetapi Chelsea tidak dapat menembusi benteng pertahanan Fulham.

Tandukan Sterling ke penjuru atas pada minit-minit akhir permainan berjaya diselamatkan penjaga gol, Bernd Leno.

“Ia adalah permainan berpasukan. Kami mengusahakannya setiap minggu,” kata kapten Fulham, Tim Ream kepada Sky Sports.

“Bertahan dari depan dan serang dari belakang. Ia memerlukan komitmen kesemua 11 pemain.”

Fulham mempunyai separuh peluang untuk memalukan lawan mereka menerusi bekas penyerang Chelsea Willian, Aleksandar Mitrovic, Joao Palhinha dan Andreas Pereira tetapi turut buntu.

Willian berkata ia adalah malam istimewa buatnya selepas tujuh tahun beraksi dengan Chelsea.

“Kami berhak mendapat lebih dari ini namun ia sukar apabila bertanding ke sini. Mereka adalah pasukan yang hebat,” katanya.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker