Polis buru lelaki Bangladesh, langgar maut penunggang motosikal

Polis buru lelaki Bangladesh, langgar maut penunggang motosikal

Polis buru lelaki Bangladesh, langgar maut penunggang motosikal
Kereta Proton Waja yang ditinggalkan pemandunya selepas terbabit kemalangan di Jalan Teluk Piah Kanan, kelmarin. – Foto NSTP/IHSAN POLIS

KUALA SELANGOR: Polis giat memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan Teluk Piah Kanan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata kejadian jam 8.30 pagi itu membabitkan dua kenderaan iaitu kereta Proton Waja dan motosikal Honda EX5.

Beliau berkata, penunggang motosikal adalah lelaki tempatan berusia 33 tahun.



“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang bersendirian dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Bukit Rotan.

“Tiba di lokasi, Proton Waja yang datang dari arah belakang melanggar motosikal itu menyebabkan mangsa tercampak atas jalan.

“Pemandu kereta kemudian dipercayai keluar dari kenderaannya dan bertindak melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, penunggang motosikal yang parah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Bagaimanapun, katanya mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan jam 11 pagi hari sama.

“Susulan kemalangan itu, polis mempergiat usaha pencarian suspek di sekitar Kuala Selangor dan Jeram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Najmi Abd Rahman di talian 017-8028105 atau balai polis berhampiran.



 

Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Polis buru lelaki Bangladesh, langgar maut penunggang motosikal

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button