Jumpa wang tunai RM240 ribu tertanam dalam dinding

Lelaki ubah suai rumah terperanjat

Jumpa wang tunai RM240 ribu tertanam dalam dinding

Jumpa wang tunai RM240 ribu tertanam dalam dinding
Lelaki ini bersama duit yang ditemuinya. Foto: Daily Star
REZEKIΒ terpijak. Itu tuah seorang lelaki Sepanyol yang menemukan timbunan wang kertas ketika mengubah suai rumah lama.
Namun, lelaki itu terpaksa reda apabila apabila hanya berjaya menukar sebahagian daripada jumlah wang terbabit kepada mata wang semasa.

Tukang rumah, Tono Pineiro dari Valencia menemukan enam tabung berisi wang kertas ketika membuat kerja ubah suai rumah yang bakal didudukinya apabila bersara kelak.

Bank Sepanyol bagaimanapun, tidak lagi mengiktiraf wang terbabit yang penggunaannya dihentikan secara rasmi pada 2002.

Daily Star melaporkan, nasib lelaki itu baik, apabila bank tempat dia membuka akaun sebelum ini sudi membeli wang itu mengikut mata wang semasa sehingga 30,000 pound sterling (RM153,901.02).

Tono berkata, dia akan menggunakan wang itu untuk membeli bumbung baharu rumah terbabit.

Katanya, rumah itu ditinggalkan selama empat dekad sebelum penemuan itu.

Menurutnya, dia mahu menyimpan sebahagian wang lama itu sebagai koleksi cenderahati. –Β Daily Star

Mayat mereput dalam timbunan kotak tisu

Jumpa wang tunai RM240 ribu tertanam dalam dinding

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker