Ulam pun naik harga

Jerantut: “Dulu kebanyakan sayur kampung seperti pucuk paku, maman, rebung, nangka muda dan ulam ulaman hanya RM2 seikat atau sebungkus. Tapi sekarang semua jadi RM3 atau RM5,” katanya Khariah Mat Isa ketika membeli-belah di Pekan Sehari Jerantut, di sini.

Suri rumah itu berkata, kenaikan berlaku sejak pertengahan tahun lalu dan kini agar sukar mendapat sayur kampung berharga RM2.

Katanya, selain harga makin mahal, ikatan sayur pun semakin kecil dan tidak seperti dulu.

Tinjauan mendapati sayuran seperti kerdas dan jering ada dijual dengan harga RM5 sepiring manakala terung pipit serta terung asam dijual RM3 sepiring.



Kebanyakan sayur kampung dan ulam-ulaman seperti pucuk ubi, ulam putat, pegaga, selom, ulam raja dan maman dijual dengan harga RM3 seikat.

Pesara, Shamsul Bahari berkata, dia terkejut dengan kenaikan harga sayur kampung berbanding dulu.

“Sejak Julai lalu, banyak barangan naik harga dan bila datang ke sini memang terkejut juga lihat harga sayur kampung meningkat.

“Saya suka ke Pekan Sehari yang diadakan seminggu sekali kerana berminat membeli sayur kampung dan ulam-ulaman.



“Selain itu saya nak menyokong peniaga kecil yang berniaga seminggu sekali dan berharap harga tidak terus naik sehingga membebankan pengguna,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga sayur yang tidak mahu dikenali mendakwa kenaikan itu kerana kesukaran mendapat bekalan.

Katanya, kenaikan itu juga berpunca daripada pekebun yang menjual dengan harga lebih tinggi.

“Saya dapat bekalan daripada orang kampung dan akui memang ada pelanggan merungut kerana harga lebih mahal.

“Menurutnya pembekal dari kampung juga mendakwa agar sukar menyediakan bekalan kerana musim hujan menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air,” katanya

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker