Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara? [VIDEO]

Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara?

Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara?

Siapa sangka perkongsian video milik Bella Astillah di TikTok bersama Wani Kayrie membuatkan warganet terpegun dengan hubungan yang terjalin antara mereka berdua.

Punya Pertalian Darah?

Melihat video yang dikongsikan pelakon dan penyanyi manis ini, Bella menunjukkan rakaman sebalik tabir di mana dia bersama Wani melakukan latihan nyanyian untuk bersembahan bagi program nyanyian realiti tv Famili Duo musim kedua.

Rakaman yang dikongsikan ini juga memaparkan kerja keras yang dilakukan Bella bersama Wani, bagi menjayakan pentas nyanyian mereka buat minggu pertama Famili Duo.



Berdasarkan video yang dikongsikan, kedua-dua wanita asal Sabah ini mendapatkan tunjuk ajar dan berguru dengan Marsha Milan. Apatah lagi kedua-dua selebriti ini membawa lagu popular Sumandak Sabah, nyanyian asal Marsha Milan dan Velvet Aduk.

Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara?
via TikTok Bella Astillah
@bellaastillah_94

Alhamdulillah done for week 1! Terima kasih yang support #TeamBellaWani 🥰 Bella appreciate sangat! Jangan lupa UNDI KAMI ❤️

♬ MELANCHOLY – White Cherry

Video yang dikongsikan ini mendapat perhatian warganet dan menariknya, berdasarkan tinjauan Murai diruangan komen di TikTok ada segelintir peminat selebiriti jelita ini baru mengetahui bahawa Bella dan Wani rupanya miliki tali persaudaraan.

“Adik-beradik ke?? Kau orang dua”

“Tak sangka kan Bella dan Wani sepupu”

“Apa maksud Famili Duo, adakah Bella dan Wani ada kaitan keluarga? Apa-apa pun semoga berjaya mandak mandak” komen mereka

Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara?
via TikTok Bella Astillah

“Sepupu ke apa? Baru tahu Wani ni sabahan”

“Sepupu ke dia orang?”

“Tahniah, semoga terus berjaya sampai ke final. Baru tahu si Wani orang Sabah dan sepupu Bella” komen mereka lagi

Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara?
via TikTok Bella Astillah

Juara Minggu Pertama

Persembahan bagi minggu pertama Famili Duo yang berlangsung pada 18 Disember 2022 (Ahad) lalu cukup meriah, apatah lagi pasangan Bella dan Wani berjaya dinobatkan sebagai juara mingguan yang pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10k.

Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara?
via TikTok Bella Astillah

Sekadar info, Famili Duo merupakan program nyanyian realiti yang menampilkan gandingan selebriti bersama ahli keluarga mereka sendiri. Dalam program ini, setiap pasangan akan bersaing mengikut tema nyanyian yang telah ditetapkan.



Pasangan peserta di adili dan di nilai dari segi nyanyian serta persembahan pentas, berdasarkan dua faktor ini panel juri memegang 80 peratus kuasa bagi memberi markah kepada pasangan peserta dan lagi 20 peratus adalah dari undian penonton.

Setiap minggu, pasangan yang berjaya menduduki tempat pertama akan membawa pulang hadiah RM10k dan dinobat sebagai juara mingguan. Pasangan yang berjaya mara ke finalis, akan berpeluang merebut wang hadiah sebanyak RM100,000.

 

Ada Yang Tak Tahu Bella Astillah & Wani Kayrie Bersaudara?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker