Bale gembira aksinya di Pro-Am

London: Gareth Bale menamatkan saingan di tempat ke-16 di kejohanan Pebble Beach Pro-Am selepas terlepas pusingan akhir kerana angin kencang di California.

Pertandingan amatur dipendekkan kepada 54 lubang dan bekas pemain bola sepak Wales, Bale dan pasangan bermain Joseph Bramlett menamatkan saingan 16 di bawah par.

Sementara Aaron Rodgers menduduki tempat teratas pendahulu dengan catatan 26 di bawah par bersama pemain profesional Kanada, Ben Silverman.

Walaupun keputusan itu kurang memberangsangkan Bale – yang bersara daripada bola sepak sejurus selepas memimpin Wales pada pusingan akhir Piala Dunia tahun lalu di Qatar – menyukai pengalaman itu.

“Beberapa minggu lalu sangat mengagumkan,” kata bekas penyerang Real Madrid itu yang bermula dari dua handicap.

“Orang yang memberi saya pujian mengenai permainan saya adalah luar biasa mereka memberikan tekanan yang terlalu berat ke atas bahu saya!

“Saya peminat tegar golf dan menghargai apa yang dilakukan oleh pemain ini di padang golf. Seronok bermain dengan mereka, berinteraksi dan menonton apa yang mereka lakukan.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker