UMNO Mesti Menjadi Sebuah Parti Yang Bersifat Inklusif, Bukannya Eksklusif

UMNO Mesti Menjadi Sebuah Parti Yang Bersifat Inklusif, Bukannya Eksklusif

UMNO Mesti Menjadi Sebuah Parti Yang Bersifat Inklusif, Bukannya Eksklusif

UMNO adalah parti keramat orang Melayu, ianya benar.

Jasa terbesar UMNO kepada rakyat dan negara ini ialah memerdekakan rakyat dan negara dari belenggu penjajah, juga benar.



Parti UMNO juga telah banyak melahirkan tokoh Melayu dalam pelbagai bidang, juga adalah benar.

Tetapi itu semua adalah sejarah pencapaian UMNO, pemimpin dan akar umbi UMNO boleh berbangga, tetapi jangan sampai terlena.

Untuk bergerak ke hadapan, UMNO perlu tangkas mendepani cabaran yang mendatang dan bukannya bernostalgia dengan pencapaian silam.

Di mana silapnya UMNO apabila ditolak oleh pengundi Melayu sedangkan UMNO selama ini dikatakan sebagai parti keramat orang Melayu?



Sentimen serta mood pengundi sudah berubah, selaras dengan perubahan zaman.

Zaman rakyat mengagungkan pemimpin dan menganggap apa sahaja yang dikatakan pemimpin adalah benar, sudah berlalu.

Era hanya pemimpin yang berhak menentukan segala-galanya sudah berlalu dan sekarang adalah zaman di mana pemimpin mesti mendengar suara rakyat.

Oleh itu, pemimpin UMNO mesti menjadikan UMNO sebagai parti politik yang bersifat inklusif dan bukannya bersifat eksklusif.



Pemimpin UMNO mesti mendekati rakyat dan memesrakan diri mereka dengan rakyat dan bukan sebaliknya.

Karektor ini sebenarnya yang dilihat kurang di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.

Apabila turun ke lapangan, pemimpin UMNO dilihat seolah-olah masih lagi mahu disambut dengan permaidani merah.

Jurang antara pemimpin UMNO dengan rakyat dilihat semakin melebar.



DS Najib Adalah Contoh Terbaik Kepada Pemimpin UMNO

 

Contoh terbaik yang boleh dipelajari oleh pemimpin UMNO adalah mantan presiden UMNO yang juga merupakan mantan perdana menteri ke 6, DS Najib Razak.

Dari seorang yang sangat dibenci rakyat selepas PRU 14, dalam masa hanya beberapa tahun sahaja, DS Najib berjaya mengubah keadaan.

Apa rahsia kejayaan DS Najib?



Apabila turun di lapangan, beliau begitu mesra dengan rakyat marhaen.

Beliau boleh berbual mesra dan bergurau senda dengan siapa sahaja yang beliau temui di lapangan.

Beliau melupakan seketika status bangsawan beliau.

Setiap rakyat tidak mengira usia, kedudukan, bangsa atau ugama, beliau santuni dengan begitu mesra.



Walau pun sedang menghadapi kes mahkamah, namun rakyat merasa begitu dekat dan mesra dengan beliau.

Inilah yang rakyat mahukan, seorang pemimpin yang mesra serta mudah didekati.

Berubahlah, atau UMNO akan berkubur buat selama-lamanya.

 

UMNO Mesti Menjadi Sebuah Parti Yang Bersifat Inklusif, Bukannya Eksklusif

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button