Resepi Pancake Coklat

Resepi Pancake Coklat
Resepi Pancake Coklat
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak: 25 minit
  • Jumlah Hidangan: 15

 

Resepi Pancake Coklat, sedap dan mudah, sesuai untuk sarapan

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan untuk pancake:
    • 2 Cawan tepung gandum
    • 4 Sudu Besar Mentega
    • 2 Sudu Besar Jus Lemon
    • 4 Sudu Besar Gula Kastor
    • 3 Sudu Teh Baking Powder
    • 2 Biji Telur
    • 1 Sudu Kecik Garam
    • 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
  • Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat):
    • 250g coklat bar, cincang kasar
    • 1/4 cawan butter
    • 1/2 cawan susu full cream dutch lady
    • 1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara untuk pancake
    1. Cairkan mentega.
    2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
    3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
    4. Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
    5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
    6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
    7. Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.
  2. Cara untuk coklat:
    1. Cairkan coklat menggunakan kaedah ‘double boil’.
    2. Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
    3. bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.

 

Tip:

 



  • Kaedah double boil ialah teknik memasak menggunakan stim dan memerlukan 2 tingkat periuk. Masukkan air 1/4 penuh di dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Ambil satu mangkuk kaca dan letakkan di atas periuk yang mendidih tadi. Kepanasan dari stim akan mencairkan adunan coklat tadi.

Pancake Dan Sos Coklat

Resepi Pancake Coklat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button