Gara-gara penyokong, Man City didenda RM1.2 juta

Manchester: Manchester City didenda £260,000 (RM1.2 juta) dan diberi amaran berikutan tindakan pencerobohan ke dalam padang selepas mereka meraih gelaran Liga Perdana Inggeris, Mei lalu.

Penyokong membanjiri padang selepas City bangkit secara dramatik daripada ketinggalan 0-2 menentang Aston Villa untuk menang 3-2 sekali gus mengecewakan Liverpool dengan kelebihan hanya satu mata.

Penjaga gol Villa, Robin Olsen diserang semasa pencerobohan itu manakala palang gol patah akibat bebanan penyokong.



City mengakui dakwaan Persatuan Bola Sepak (FA) bahawa kelab itu gagal mengawal penyokong yang menceroboh ke dalam padang selepas wisel penamat.

Minggu-minggu terakhir musim 2021/22 dicemari oleh beberapa siri pencerobohan padang di Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris.

Bulan lalu Everton didenda £300,000 (RM1.3 juta) susulan penyokong memasuki padang pada penghujung perlawanan menentang Crystal Palace selepas The Toffees dapat kekal beraksi di Liga Perdana.

Penyerang Sheffield United, Billy Sharp pula ditanduk oleh penyokong yang menceroboh padang semasa kekalahan separuh akhir playoff pasukannya di Nottingham Forest.



Data yang dikeluarkan oleh Pejabat Dalam Negeri Britain bulan lalu menunjukkan terdapat 441 kes pencerobohan padang pada perlawanan di England dan Wales musim lalu, meningkat 127 peratus berbanding musim 2018-19.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading