Tanah runtuh, 1,000 penduduk di Pos Gob terputus hubungan

Tanah runtuh, 1,000 penduduk di Pos Gob terputus hubungan

Tanah runtuh, 1,000 penduduk di Pos Gob terputus hubungan
Keadaan tanah runtuh di jalan ke Pos Gob berlaku Jumaat lalu. – Foto NSTP/Ihsan pembaca

GUA MUSANG: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Gawin Pos Brooke, Pos Gob menyebabkan kira-kira 1,000 penduduk kawasan terbabit kini terputus hubungan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku Jumaat lalu itu menyebabkan jalan ke perkampungan terbabit yang sebelum ini boleh dilalui dengan motosikal, kini tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Setiausaha Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Aman Pak Ngah, 37, berkata keadaan semakin sukar, apabila penduduk langsung tidak boleh keluar untuk ke Bandar Gua Musang untuk membeli makanan dan melakukan pelbagai urusan.

Katanya, kejadian tanah runtuh yang menghalang jalan itu semakin membimbangkan penduduk Pos Gob kerana sukar untuk keluar membeli keperluan asas.

“Jika sebelum ini kami masih boleh menggunakan motosikal untuk ke bandar Gua Musang, tetapi bermula Jumaat lalu langsung tidak boleh keluar.

“Kejadian berlaku 100 meter selepas Kampung Gawin kerana hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

“Semalam, kumpulan pacuan empat roda yang cuba masuk menggunakan motosikal bagi menghantar barang terpaksa berpatah balik kerana jalan sudah ditimbus dengan tanah runtuh,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Penduduk, Amat Jali, 45, berkata dia bersama lima rakan terpaksa menempuh perjalanan selama dua hari satu malam untuk keluar ke bandar Gua Musang bagi membeli bahan makanan pada minggu lalu.

“Sejak dua bulan lalu, hanya motosikal yang boleh melalui jalan ke Pos Gob. Keadaan jalan yang berselut dan rosak menyebabkan kami terpaksa mengambil masa lama untuk sampai ke bandar Gua Musang.

“Kami tiada pilihan terpaksa keluar membeli makanan di bandar kerana sumber makanan seperti padi dan tanaman lain sudah dirosakkan gajah liar.

“Orang Asli di sini tidak hanya berhadapan dengan masalah jalan perhubungan yang rosak, tetapi juga gangguan gajah liar yang merosakkan tanaman seperti pisang dan ubi kayu yang menjadi makanan asas kami,” katanya.

Katanya, diharap pihak Kerajaan Perpaduan dapat mengambil tindakan segera dan mempercepatkan projek Jalan Bersepadu yang kini dalam perlaksanaan.

“Jalan perhubungan ini amat penting buat kami untuk keluar masuk ke pos. Kami masyarakat orang Asli di pedalaman juga perlukan akses yang mudah dan cepat untuk keluar ke bandar Gua Musang bagi mendapatkan bekalan makanan dan menjual hasil hutan kerana itu sumber pendapatan kami.

“Apabila jalan rosak, peraih tidak lagi mahu ke perkampungan kami untuk membeli hasil yang kami cari dan tanam,” katanya.

2 bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah

Tanah runtuh, 1,000 penduduk di Pos Gob terputus hubungan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker