Zaki dan Yamani – Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besar

“Saya sudah lupa macam mana layanan seorang abang”

Zaki dan Yamani – Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besar

Zaki dan Yamani - Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besarFamili Duo eratkan hubungan Zaki dan Yamani.

KEHADIRAN penyanyi Datuk Jamal Abdillah meniup semangat buat Zaki Yamani dan Yamani Abdillah untuk bersaing di pentas akhir Famili Duo sekali gus menjuarai pertandingan itu pada malam Ahad.

Yamani atau Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 22, berkata, mereka adik-beradik sebak melihat kelibat Jamal kerana memang mengharapkan kehadiran bapa pada pertandingan akhir itu dan bersyukur apabila penyanyi itu membuat kejutan.



“Memang kami mengharapkan ayah hadir. Ssaya sendiri ada hantar mesej untuk minta dia datang pada malam akhir sebab ayah tak pernah datang tengok kami buat persembahan.

“Sebleum itu pun dia ada mesej beri nasihat dan minta kami tidak tergopoh-gopoh dalam membuat persembahan dan menyanyi dengan ikhlas.

Zaki dan Yamani - Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besar
Jamal Abdillah hadir tanda sokongan buat Zaki dan Yamani.

“Ayah datang pun kami terkejut sebab petang tadi (semalam) baru kami tahu dia dalam perjalanan ke sini,” katanya kepada mStar.

Yamani berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Famili Duo Akhir yang diadakan di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 17, pula memberitahu penyertaan mereka dalam Famili Duo juga dapat mengeratkan semula hubungan dengan abangnya itu.

“Terima kasih Famili Duo sebab saya sebenarnya sudah lupa macam mana layanan abang kepada saya. Bila bertemu semula dalam program ini, saya kembali ingat semula tentang chemistry yang ada pada kami.

Kali terakhir pun kami rapat masa saya darjah dua. Alhamdulillah, kali ini kami dapat bertemu semula sebab hari-hari jumpa.

ZAKI YAMANI

PENYANYI

“Kali terakhir pun kami rapat masa saya darjah dua, selepas itu abang mula masuk ke sekolah seni. Alhamdulillah, kali ini kami dapat bertemu semula sebab hari-hari jumpa,” ujarnya.

Terdahulu, Zaki dan Yamani membuat kejutan apabila muncul sebagai juara Famili Duo musim kedua menumpaskan tiga pencabar lain iaitu Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Wanie Kayrie dan Bella Astillah serta Sissy Imann dan Naim Daniel.

Zaki dan Yamani - Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besar
Persembahan bertenaga daripada duo Zaki dan Yamani.

Pasangan adik-beradik ini mempertaruhkan lagu medley Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah) dan Potret (Akim & The Majistret) pada pusingan pertama dan medley lagu Hutang (Floor88), Bunga (Altimet) dan Kau Pun Sama nyayian asal Syamel.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000.

Kedua-dua beradik ini juga sepakat untuk memberikan wang kemenangan buat kedua ibu mereka.

 

Amyza Aznan – “Ada Seluar La, Skin Color”

Zaki dan Yamani – Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besar

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker