Polis rampas RM32.7 juta rokok, arak, diesel dan minyak masak

Polis rampas RM32.7 juta rokok, arak, diesel dan minyak masak

Polis rampas RM32.7 juta rokok, arak, diesel dan minyak masak
Polis rampas RM32.7 juta rokok, arak, diesel dan minyak masak

KULA LUMPUR: Polis merampas rokok, minuman keras, minyak diesel dan minyak masak bernilai RM37.2 juta menerusi 21 serbuan Op Kontraban dan Op Tiris.

Operasi terbabit dijalankan Wildlife Crime Bureu/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman pada awal Januari sehingga 21 Mac lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysi (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, sebanyak 21 serbuan Op Kontraban dengan nilai rampasan rokok dan minuman keras tak berkastam berjumlah RM19,039,100.

Beliau berkata, menerusi operasi terbabit, 43 individu ditahan bersama 27 kenderaan, membabitkan enam kereta, (11) lori, (4) buah van, (2) pacuan empat roda dan (4) trak angkat susun.

“Turut dirampas sama (351,689) batang rokok, (290,008) minuman keras jenis tin, (2,200) minuman keras jenis botol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, dalam tempoh sama pihaknya juga turut melancarkan sebanyak 24 serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM18,175,654 menerusi Op Tiris yang menyasarkan kegiatan penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Operasi ini berjaya menahan seramai 76 orang manakala rampasan pula membabitkan 60 buah kenderaan, (387,800 liter) minyak diesel, (14,756 kilogram) minyak masak.

“Justeru itu, PDRM melalui Pasukan Perisikan Siasatan Khas sentiasa komited dan fokus dalam usaha memerangi jenayah kontraban dan penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi,” katanya.

Katanya, operasi di antara PDRM dengan kerjasama daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“PDRM mengalukan pembabitan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

Ismail Sabri Arah Kilang Arak Tutup Operasi

Polis rampas RM32.7 juta rokok, arak, diesel dan minyak masak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker