India lancar OS, BharOS

New Delhi: India melangkah setapak ke hadapan dengan melancarkan BharOS, sistem pengendalian mudah alih (OS) buatan sendiri seperti Android dan iOS yang dominan di dunia.

The Straits Times melaporkan, sistem itu dibangunkan di Institut Teknologi India (IIT) Madras, salah satu kolej kejuruteraan terkemuka negara.

BharOS adalah projek yang dibiayai kerajaan untuk membangunkan OS percuma dan sumber terbuka untuk digunakan dalam sistem kerajaan dan awam.

OS mudah alih adalah perisian yang antara muka teras pada telefon pintar, seperti Android oleh Google dan iOS oleh Apple.



Selepas menguji BharOS pada taklimat akhbar televisyen pada 24 Januari lalu, Menteri Komunikasi, Elektronik dan Teknologi Maklumat Ashwini Vaishnaw berkata, sistem itu berfungsi dengan baik dan satu lonjakan besar ke hadapan untuk mewujudkan ekosistem asli serta masa depan yang berdikari untuk India dalam bidang teknologi.

“Kini kita perlu berusaha untuk pembangunan selanjutnya, terutamanya pada ekosistem aplikasi BharOS dan set cip,” tambah Vaishnaw.

Pasaran India dikuasai oleh OS Android Google, iaitu 96 peratus daripada semua telefon pintar.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker