Kehadiran Ronaldo ‘sukarkan rakan, lawan’

LONDON: Permulaan hambar Cristiano Ronaldo di Arab Saudi tampak melalui satu lagi halangan ‘sukar’ menurut rakan sepasukan Al-Nassr, Luis Gustavo.

Ketibaan Ronaldo dengan rekod di Timur Tengah menyaksikan dia bergelut menepati ramalan awal apabila bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu hanya meledak satu gol sejak berpindah ke kelab baharunya itu.

Gustavo mengakui bahawa pemain antarabangsa Portugal itu menjadikan keadaan ‘sukar’ buatnya dan rakan sepasukan selain percaya kelab lain menyasarkan pasukan itu kerana kehadiran Ronaldo.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu beraksi bersama Ronaldo ketika pemain berusia 38 tahun itu membuka akaunnya dalam Saudi Pro League apabila Al-Nassr seri 2-2 berdepan Al Fateh baru-baru ini.

Bagaimanapun di sebalik dakwaan status Ronaldo akan menyebabkan masalah terhadap lawan lain dalam liga, Gustavo mendedahkan bahawa bintang itu juga memberikan pasukannya kelebihan besar.’

Gustavo, yang terus memberikan sokongan kepada rakan sepasukannya yang bergelut itu menambah: “Kehadirannya di Al-Nassr memberikan kelebihan besar kepada mereka kerana dapat belajar sesuatu daripadanya setiap hari, memandangkan kebolehannya, secara teknikal dan fizikal.

“Cristiano Ronaldo dicipta untuk cabaran dan dia sentiasa berjaya melakukannya. Dan semua orang menanti apa yang akan dilakukannya. Dia sudah menjaringkan gol pertaanya, justeru mengurangkan tekanan itu.”

Kontrak lumayan Ronaldo akan berlanjutan hingga Jun 2025 dan pemain berasal dari Madeira itu menjadi atlet menerima bayaran tertinggi dalam sukan selepas berhijrah ke Al-Nassr.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker