Hanya Ahli PAS Harapan Terakhir Mahathir Untuk Pertahankan Beliau

Hanya Ahli PAS Harapan Terakhir Mahathir Untuk Pertahankan Beliau

Hanya Ahli PAS Harapan Terakhir Mahathir Untuk Pertahankan Beliau

Dr Mahathir menuduh apa yang dikenakan kepada anaknya bermotif politik.

Dengan tidak semena-mena meminta supaya kerajaan bubar parlimen dan mengadakan pilihanraya umum.

Pening.

Mungkin Dr Mahathir lupa, beliau telah dikerjakan oleh rakyat Langkawi hingga kehilangan duit deposit dalam pilihanraya umum ke 15.



Malah rakyat Malaysia juga sudah kerjakan parti beliau sehingga kesemua calon yang bertanding juga kehilangan duit deposit.

Anak Dr Mahathir, Mirzan, baru dipanggil sekali sahaja ke pejabat SPRM.

Baru di soal siasat.

Dicuit tidak, apatah lagi digari.



Baru tanya anaknya soalan sudah riuh rendah satu negara kononnya ini satu pendakwaan politik.

Untuk rekod, Dr Mahathir tidak dipanggil SPRM untuk siasatan pun.

Apatah lagi nak didakwa.

Yang Dr Mahathir meracau tak tentu hala, dah kenapa?

Apa yang merisaukan Dr Mahathir?

Kemudian Dr Mahathir membebel minta Anwar Ibrahim buktikan mana dia berkotak-kotak bukti yang beliau korup.

Relaklah, isap rokok dulu…

SPRM panggil Mirzan minta isytihar harta, isytihar saja.

Yang Dr Mahathir kelam kaut ayam sampai merepek dan merapu ini apa pasal?

Dan ahli PAS yang sentiasa tak faham hujung pangkal pun sibuk suruh buktikan.

Apa bukti?

Apa bukti Dr Mahathir dan Daim korup?

Yang Kaya Raya Tu Anak Bini Mahathir Dan Daim

Rasanya kalau Nik Aziz boleh bangkit dari kubur, mungkin dia bagi penampar sorang-sorang yang pergi ke himpunan depan istana yang pertahankan anak beranak Dr Mahathir dan Daim.

Sedarlah, Mirzan dah bilionaire dah pun.

Harta bukan kepalang.

Berbilion-bilion MOF bail-out kompeni kapal dia yang memanjang rugi.

Bila untung, sebat sorang-sorang.

Bila rugi kau suruh kerajaan tanggung.

Seronoklah berniaga macam tu.

Penjaja yang jual mee rebus, jual t-shirt PAS setiap kali ceramah PAS tak pernah pun merasa duit kerajaan.

Apatah lagi nak rasa bail-out bila bisnes merudum.

Tanpa gunakan akal, ahli PAS sibuk pertahankan Dr Mahathir dan Daim.

Yang sakau berbilion tu anak beranak Dr Mahathir dan Daim.

Biarkanlah mereka kena siasat.

Harta anak beranak Dr Mahathir dan Daim tak pernah walau sekali pun membantu ahli PAS.

Tapi ahli PAS pula susah hati tu sebab apa?

Yang kena siasat anak-bini Dr Mahathir dan Daim.

Peliknya yang susah hati ahli PAS.

Bijak, bijak…

Hanya Ahli PAS Harapan Terakhir Mahathir Untuk Pertahankan Beliau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker