Kes Rasuah Zeti dan Nazlan “Bisul” negara.

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih berbual berkenaan rasuah lagi.

Kali ini Perdana Menteri mensasarkan rasuah baru dlakukan oleh Parti Bersatu dan juga Parti PAS.

Sememang elok lah jika Hasrat kerajaan MADANI pimpinan Anwar mahu menghapuskan rasuah.

Ia satu Hasrat ‘holistik’ dan murni dari kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Umum mungkin sudah mengetahui berkenaan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang telah dibekukan atas sebab siasatan SPRM baru baru ini dan dipercayai ada kesalahan AMLA dalam kes pebelanjaan Ketika darurat.

Dalam kes yang sedang disiasat ,parti Bersatu dan PAS berkemungkinan terkait dengan perbuatan rasuah dan menggunakan wang dipercayai dari kontraktor yang dianugerah projek dan tender hasil dari rundingan terus.

Wang wang ini setelah di perolehi kemudian nya diberi sebagai sogokan kepda pngundi untuk memastikan mereka mengundi parti mereka.

Setakat ini ramai telah mengaku menerima sogokan itu dan memberi keterangan kepada SPRM.

Namun , dalam pada waktu sama , Anwar harus nya menangani kes rasuah yang paling popular dalam negara, ia itu kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara dan Hakim Mohd Nazlan Ghazali.

Kedua kes ini telah menjadi umpama ‘bisul’ kepada negara kerana masih belum kemana mana lagi selepas siasatan dan lengkap siasatan.

Apa jadi kepada kes ini?

Jangan lah Anwar dalam sibuk berbual berkenaan rasuah tetapi tidak ambil peduli pada kes “mega’ ini.

Anwar tidak perlu masuk campur dalam menentukan hala tuju kes atau beri apa apa arahan terhad prosiding, cukup sahaja Anwar  sebagai Perdana Menteri menegur berkenaan pendakwaan yang tidak kunjung datang dan tidak efisien.

Indeks rasuah negara baru baru ini dilaporkan semakin jatuh.

Integriti negara menjadi keraguan kerana kedua kes besar ini masih tidak mampu dibuka buka lagi.

Apa tidak nya kes besar seperti rasuah Zeti dan Nazlan pun kerajaan gagal ambil tinbdakan

Maka, Anwar perlu menjaga imej kerajaan nya yang cuba diberi gambaran sebagai benci rasuah.

Maka, rakyat pasti akan yakin dengan kenyataan ulang kali kerajaan MADANI dan Perpaduan benci rasuah sekira kedua Bekas Gabenor dan Hakim didakwa segera.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker