Cabaran Malaysia ke Final Jelajah Dunia BWF berakhir


Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean Photo Credit : Badminton Photo

31/01/2021 12:44 AM

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Cabaran Malaysia di Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2020 menemui noktah selepas dua beregu yang tinggal beraksi — Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tewas di dalam perlawanan separuh akhir di Bangkok, Thailand hari ini.

Mei Kuan-Meng Yean yang melakukan kejutan selepas menumpaskan gandingan nombor lapan dunia, Greysia Polli- Apriyani Rahayu dari Indonesia dalam aksi final Kumpulan A semalam, gagal meneruskan momentum kemenangan mereka apabila kecundang kepada beregu nombor empat dunia Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan 14-21 and 15-21 dalam perlawanan selama 49 minit di Impact Arena.

“Kami tidak bermain dengan bagus, kami melakukan terlalu banyak kesilapan. Mereka lebih hebat dan sentiasa memberikan tekanan kepada kami. Kami tidak bertahan dengan baik,” kata Mei Kuan dalam laman sesawang BWF, www.bwfbadminton.com.

Apabila kami menyerang, mereka menyerang balas dengan pantas, jadi amat sukar untuk terus memberikan tekanan kepada mereka,” katanya.

Beregu Korea Selatan itu yang menjuarai Terbuka Toyota Thailand baru-baru ini akan bertemu beregu senegara Kim So Yeong-Kong Hee Yong dalam final esok.

Beregu keenam dunia itu mara ke final selepas menghadapi tentangan sengit daripada Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand 21-11, 12-21 dan 21-16 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon tersingkir daripada kejohanan yang menawarkan hadiah US$1.5 juta (RM6.062 juta) selepas kalah kepada pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung.

Keputusan separuh akhir:

Perseorangan Lelaki:

Anders Antonsen (DEN) mn Wang Tzu Wei (TPE) 21-18, 14-21, 21-16

Viktor Axelsen (DEN) mn Chou Tien Chen (TPE) 21-16, 21-9

Beregu Lelaki:

Lee Yang-Wang Chi-Lin (TPE) mn Ben Lane-Sean Vendy (ENG) 22-20, 21-17

Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mn Choi Solgyu-Seo Seung Jae (KOR) 23-21, 21-13

Perseorangan Wanita:

Tai Tzu Ying (TPE) mn An Se Young (KOR) 21-18, 21-12

Carolina Marin (ESP) mn Pornpawee Chochuwong (THA) 21-13, 21-13

Beregu Wanita:

Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) mn Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (MAS) 21-14, 21-15

Kim So Yeong-Kong Hee Yong (KOR) mn Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (THA) 21-11, 12-21, 21-16

Beregu Campuran:

Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) 21-15, 21-17

Seo Seung Jae-Chae Yujung (KOR) mn Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (MAS) 21-19, 21-8

Skuad badminton negara peroleh laluan mudah di dua kejohanan Thailand

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker