‘Sudahlah Vida, jangan kelirukan warganet’ – Iqbal

 

Hubungan cinta antara usahawan selebriti Ahmad Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida masih heboh diperkatakan di media sosial, lebih-lebih lagi tentang perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin.

Namun apa yang memusykilkan menerusi perkongsian InstaStory Iqbal, jejaka itu memberi bayangan bahawa hubungan itu kini telah berakhir.

Perancangan mereka untuk bernikah Disember ini hanya tinggal kenangan. Malah, Iqbal mengakui sudah membatalkan semua tempahan termasuk dewan hotel untuk acara hari bahagia mereka.

Lebih mengejutkan lagi, Iqbal mengakui mereka sudah dua minggu tidak berhubung.

“Tidak henti lagi dari mulut Datuk Seri Vida mengatakan kami akan berkahwin. Setiap hari, setiap kali beliau ‘live’ saya lihat.

“Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat, saya dengannya sudah dua minggu tidak berhubung. Saya telah batalkan segala tempahan dewan hotel. Kasihan, tidak hanya saya dipermainkan, malahan masyarakat juga menjadi keliru,” luahnya.

Sejak beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial mengatakan Iqbal dan Datuk Seri Vida akan berkahwin Disember ini.

Sayangnya, hubungan dua usahawan berjaya itu seolah terhalang selepas tidak direstui anak-anak Vida, Cik B dan Kacak.

Iqbal turut berkongsi kekecewaannya apabila usahawan yang popular dengan produk Qu Puteh itu menyebarkan cerita tidak benar sehingga menimbulkan salah faham terhadap dirinya.

 

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker