Pemilihan UMNO : KUDETA 2.0 sedang diatur

Oleh Adam Malik

UMNO tetap menjadi parti tumpuan semua rakyat Malaysia.

Walupun difitnah dengan bermacam macam hal , namun ia tetap menjadi tumpuan semua pihak penyokong dan juga pembenci.



Tiada siapa peduli dengan parti lain, hanya UMNO sahaja menjadi tumpuan.

Pada pemilihan parti UMNO akan datang , dijangkakan akan menjadi landasan atau pun “platform” pihak tertentu dari luar UMNO untuk meletak kan proksi mereka bagi menukar hala tuju UMNO kearah lain pula.

Buat masa ini kedudukan UMNO bersama Pakatan Harapan sangat tidak disenangi oleh pihak pengkhianat dan juga puak yang di gelar “Kluster Broker “.

Kedudukan UMNO bersama Pakatan Harapan menjadi ketakutan kerana di percayai ada kaitan dengan perbelanjaan Ketika PKP dimana diandaikan mereka yang ProMuhyiddin ada juga meratah sebahagian dari RM92 bilion Ketika menjadi Menteri kabinet.



Selain itu ada juga hal hal kepentingan lain yang dikongsi bersama pemimpin parti Bersatu.

Maka, setelah gagal mengugat kedudukan  Presiden dan Timbalan Presiden , kerana kedua jawatan telah dipersetujui tidak dipertandingkan , maka puak yang bermusuhan dilaporkan akan cuba membuat rampasan kuasa melalui dominasi jawatan Naib Naib Presiden dan juga jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Dengan mengatur Tindakan ini , puak yang bermusuhan dengan kluster Setia berharap keputusan dari MKT boleh ‘over rule’ keputusan lain yang tekah dibuat.

Dalang bagi kerja kerja ini tetap individu yang sama termasuk yang sudah dipecat dan sudah digantung.



Mereka berharap dengan meguasai tiga jawatan Naib Presiden dan lebih 50% jawatan dalam MKT , maka mereka boleh ‘checkmate’ Presiden dan Timbalan Presiden.

Atas sebab yang sama kesemua mereka belum lagi mahu melompat ke parti lain kerana berharap kemenangan puak mereka pada pemilihan UMNO.

Jika menang maka MKT boleh buat cadangan menerima semula semua yang dipecat dan digantung serta yang bergelar ‘pengkhianat’.

Maklumat yang portal kami terima melaporkan puak puak ini giat menjalankan kerja saraf mereka perguna wakil dan berjumpa secara sulit kerana mereka mereka Sudah tiada akses terus ke bahagian bahagian.



Dilaporkan juga banyak  wang bertukar tangan namun belum ada pembuktian lagi sekadar berita angin sahaja.

Seperti yang dikatakan oleh Datuk Lokman Adam didalam video nya “jika diberi , ambil sahaja, namun undi rahsia”.

Apa pun sememang orang seperti Muhyhiddin dan Mahathir memang bengkak mata dan hati terhadap UMNO terutama nya terhadap Najib dan Zahid.

Kerja kerja mahu hancurkan UMNO sentiasa dirancang dan lebih buruk lagi mereka dibantu oleh talibaru dan Si kitul dalam UMNO.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button