Penantian isteri polis berakhir dengan khabar duka

Penantian isteri polis berakhir dengan khabar duka

Penantian isteri polis berakhir dengan khabar duka
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob, mendukung bayi lelaki mendiang Inspektor Chong Yeong Ren ketika mengunjungi keluarga mangsa di perumahan polis Kampung Terbak, di sini sambil menyerahkan sumbangan. NSTP/SITI ROHANA IDRIS

Tumpat: “Patutlah suami tak sampai-sampai di rumah walau lebih sejam dia beritahu dalam perjalanan, rupanya dia kemalangan,” kata Goh Jia Ying, balu kepada pegawai kanan polis yang maut kereta terbabas malam tadi.

Jia Ying, 29, berkata, suaminya, Inspektor Chong Yeong Ren, 29, keluar dari rumah jam 7 malam untuk makan malam bersama rakan di Kota Bharu.

“Pada jam 11 malam suami ada menghantar WhatsApp memberitahu baru bertolak pulang tapi sehingga jam 12.15 tengah malam, dia masih belum sampai menyebabkan saya rasa pelik.



“Selesai menidurkan bayi kami, pintu rumah diketuk dan sebaik membukanya, kelihatan seorang anggota polis yang saya kenali memberitahu suami terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.

“Masa itu, saya memang tergamam dan tidak tahu untuk memberi respon kerana terlalu terkejut,” katanya ketika ditemui di perumahan polis di Kampung Terbak di sini, hari ini.

Jia Ying berkata, mereka mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan baru dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Chong Ee Sze yang kini berusia tiga bulan.

Katanya, suaminya begitu teruja bergelar bapa dan sejak dia serta bayi kembali ke perumahan itu selepas berpantang di Klang, Selangor, segala urusan dilakukan mendiang.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Memandangkan rumah dan tempat kerja suami dekat, dia kerap pulang pada tengah hari untuk membantu saya menjaga bayi kami, malah sangat sayangkan bayi kerana sudah lama menunggu cahaya mata.

“Tidak sangka hubungan yang kami bina sejak di bangku sekolah menengah berakhir sampai di sini saja dan saya akan menjaga anak kami sebaik mungkin,” katanya sambil memberitahu akan pulang ke kampung halaman mereka di Klang, pagi esok.

Terdahulu dia menerima kunjungan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob yang bertanya khabar sambil menyerahkan sumbangan.

Azman berkata, mayat mendiang selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Tumpat dan dijangka akan dibawa pulang ke Selangor petang ini.

“Kami sudah aturkan urusan membawa mendiang pulang ke Selangor petang ini dan segala keperluan bayi serta balu mendiang juga akan dilihat dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.20 malam tadi di Kampung Bendang Morak, Proton Saga dipandu mangsa terbabas dan merempuh dua batang tiang lampu.

Mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Malaysia layak ke Piala Asia

 

Penantian isteri polis berakhir dengan khabar duka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker