“Perjanjian Rahsia” antara sebab Ismail Sabri gagal

Oleh – Bakhtiar Omar


"Perjanjian Rahsia" antara sebab Ismail Sabri gagal

Naib Presiden Umno, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, perlu menoleh sebentar asbab mengapa beliau gagal sebagai seorang Perdana Menteri.

Ramai masih ingat mengenai “Perjanjian Rahsia” yang wujud antara beliau dan Muhyiddin Yassin sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Perjanjian Rahsia” yang disaksikan Hamzah Zainudin dan Annuar Musa sebenarnya membuka mata banyak pihak.

Malah, pembongkaran oleh Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir berkaitan “Perjanjian Rahsia” tersebut juga mengejutkan semua.

Ramai tahu Ismail Sabri hanyalah Naib Presiden yang dinamakan sebagai calon tunggal Umno untuk mengambil alih jawatan daripada Muhyiddin Yassin dan beliau bukanlah seorang yang mempunyai karektor atau aura yang diterima semua rakyat Malaysia.

Walaupun beliau mampu ‘berbangga’ dengan 14 jawatan dalam Kabinet Keluarga Malaysia diisi oleh Ahli Parlimen Umno, beliau juga perlu mengakui percaturan politiknya tidak sehebat susunan kabinetnya.

“ORANG KELILING” PUNCA ISMAIL SABRI ‘KECUNDANG’

"Perjanjian Rahsia" antara sebab Ismail Sabri gagal

Meletakkan individu yang salah di tempat yang salah, di masa yang silap, merupakan kelemahan Ismail Sabri yang jelas nyata kelihatan. Percaturan ‘orang keliling’ Ismail Sabri pula tidak disenangi kalangan ahli Umno sendiri memakan diri.

“Perjanjian Rahsia” telah banyak menyerlahkan kelemahan Ismail Sabri yang dilihat sangat akur dengan kehendak Perikatan Nasional dan melebihkan kemahuan pembangkang.

Rakyat melihat apa sahaja perancangan yang mahu dilaksanakan Ismail perlu mendapat persetujuan daripada Perikatan Nasional terutama Muhyiddin sebelum dapat dijalankan.

Ini berbeza ketika Perikatan Nasional memerintah. Apa yang Umno atau BN sarankan belum tentu dilaksanakan oleh Muhyiddin yang ketika itu berkuasa. 

MUHYIDDIN ‘BERKUASA’ BILA JADI PENGERUSI MPN

"Perjanjian Rahsia" antara sebab Ismail Sabri gagal

Apatah lagi selepas tidak lagi bergelar Perdana Menteri, Muhyiddin terus menguasai kerajaan apabila dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Ramai nampak betapa akurnya Ismail Sabri kepada Muhyiddin ketika itu.

Sebelum itu, Ismail Sabri ketika menjadi Menteri Kanan (Pertahanan), pernah membawa sokongan 31 ahli parlimen BN kepada Muhyiddin ketika Perikatan Nasional memerintah.

Ini merupakan antara titik permulaan kelemahan Ismail Sabri paling ketara. Beliau lebih sanggup dilihat mengenepikan parti dan meletakkan kepentingan kedudukan jawatan sebagai perkara utama.

Sebenarnya sejak itu, krisis kepercayaan kesetiaan Ismail Sabri kepada parti telah bermula. Apatah lagi ketika beliau turun ke PRN Melaka sebagai PM tetapi langsung tidak berani mengenakan baju rasmi BN. Beliau dilihat lebih selesa mengenakan baju korporat dalam semua kempen melibatkan Umno dan BN.

Hanya selepas dikritik oleh sebuah portal, barulah Ismail Sabri tampil mengenakan pakaian berlambangkan BN di PRN Johor.

Semua ini diperhatikan rakyat dan ahli Umno sendiri sepanjang menelusuri perjalanan berliku politik Umno.

Banyak lagi yang boleh diulas berkaitan Ismail Sabri sepanjang beliau menjadi PM namun semua itu kini hanya sejarah politik.

MENGAPA BARU SEKARANG ISMAIL KRITIK UMNO?

"Perjanjian Rahsia" antara sebab Ismail Sabri gagal

Cuma menghairankan, mengapa baru sekarang Ismail Sabri bersuara mengkritik Umno selepas beliau tidak berpuashati dengan tindakan yang diambil semasa PAU2022 serta tindakan tatatertib yang dilaksanakan MKT Umno?

Adakah beliau (Ismail Sabri) akan menurut jejak langkah Mahathir keluar dari Umno dan menyerang parti dari luar atau beliau masih mahu kekal dalam Umno dan menjadi ‘duri dalam daging’?

Tepuk dada tanya selera, hanya itu yang perlu Ismail Sabri lakukan sekarang. 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker