Resepi Sweet Bun

Resepi Sweet Bun
Resepi Sweet Bun

 

Resepi Sweet Bun dengan kismis, yang sangat lembut menggunakan water-roux paste.

 

Bahan-bahan:

 

  • 2 3/4 cawan tepung roti
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 1/3 cawan gula halus (castor sugar)
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1 biji telur
  • 140 ml air suam
  • 3 sudu besar mentega, suhu bilik
  • 1/2 cawan kismis hitam
  • Bahan untuk Water-Roux Paste:
    • 25g (kurang sedikit 2 sudu besar) tepung roti
    • 125ml (1/2 cup) air

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara untuk water-Roux paste:
    1. Masukkan tepung dan air di dalam periuk kecil dan kacau di atas api sederhana perlahan sehingga menjadi pekat tetapi tidak perlu sehingga mendidih. Cukup sekadar suhu anggaran 65 darjah celcius.
  2. Cara untuk roti:
    1. 1Ayak tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula halus dan garam di dalam mangkuk.
    2. Larutkan serbuk yis di dalam air suam dan biarkan selama 2-3 minit. Ini adalah bertujuan untuk membangkitkan/meghidupkan kembali yis. Tuang bancuhan tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung besama dengan water roux paste.
    3. Kacau telur dan masukkan ke dalam adunan dan uli sehingga sebati bersama dengan mentega dan kismis. Teruskan uli selama 5-10 minit.
    4. Masukkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan plastic wrap. Biarkan di tempat yang agak panas sehingga doh mengembang menjadi saiz kali ganda.
    5. Apabila doh sudah mengembang, uli doh tadi di atas papan yang ditaburkan sedikit tepung. Uli selama 5-10 minit (boleh ditaburkan sedikit tepung semasa proses menguli sehingga doh tidak melekat di tangan).
    6. Jika menggunakan mixer, masukkan semua bahan dan uli sehingga doh sebati dan tidak melekit dan kemudian masukkan kismis di akhir proses menguli.
    7. Bahagikan doh kepada 16 bahagian yang sama rata dan susun di dalam loyang.
    8. Biarkan sehingga kembang dan bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 15-20 minit.
    9. Angkat dan sejukkan di atas rak.

 

Tip:

 

  • Anda boleh bahagikan doh kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk loaf dan lagi satu bahagian untuk dibahagikan kepada 8 saiz kecil untuk bun.

Resepi Bun Coklat Lembut

Resepi Sweet Bun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker