Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan

Kembali bernostalgia Tingkat 8?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan
Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Selepas 25 tahun berlalu, malam ini jam 8.30 malam, Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim akan ke pejabat Sekreteriat Kerajaan Perpaduan di tingkat 36, Menara Dato’ Onn, WTC KL untuk mempengerusikan mesyuarat.

Difahamkan turut bersama Anwar adalah pimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Presiden Umno pula dijangkakan akan menyambut kehadiran Anwar malam ini.



Difahamkan, Tingkat 36, Menara Dato’ Onn kini akan dijadikan pejabat Sekreteriat Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan perkembangan serta kemajuan negara dari sudut politik.

Mungkin malam ini akan mengingatkan Anwar nilai sentimental Tingkat 8 yang menempatkan Pejabat Timbalan Presiden Umno, namun beliau tidak dijadualkan melawat mana-mana pejabat melainkan hadir untuk mesyuarat sahaja.

Perkembangan lanjut akan menyusul selepas kehadiran Anwar malam ini.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker