Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.

Oleh Ak

Oleh Adam Malik

Kenyataan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang di buat baru baru ini melalui kenyataan media pada 10haribulan Jun sungguh tidak mengambarkan hal sebenar.

DSIS secara tidak langsung telah mendedahkan kebenaran bahawa beliau melanggar kehendak parti dan kepimpinan.



Secara tidak langsung mendedahkan DSIS bertindak atas kapasiti peribadi menggunakan kuasa Perdana Menteri sedangkan DSIS harus akur kepada kehendak parti dalam hal urusan parti.

Jawatan Perdana Menteri ada lah ‘privy’ kepada hal ehwal negara sahaja, namun apabila ia berkatan dengan hal parti , DSIS sekadar ahli biasa dan “Top 5” yang perlu ikut  kehendak dan keputusan parti.

Alasan DSIS berkenaan kajian sikap dan kajian dasar yang diperolehi nya juga bukan alasan untuk mengengkari kehendak parti untuk membubarkan Parlimen

Ia pelanggaran kehendak parti.



Sebenar nya apabila DSIS menerima jawatan Perdana Menteri secara peibadi tanpa restu parti ia juga sudah melanggari etika parti.

DSIS sepatu merujuk kepada kepimpinan terlebih dahulu atau memberi tahu pihak yang menawarkan jawatan supaya merujuk kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

Namun sebalik nya DSIS terima dahulu dan merujuk kemudian.

 

Malah , lebih dasyat DSIS kemudian nya diketahui ada membuat perjanjian sulit bersama pihak musuh.

Maka, apa apa alasan sudah tidak valid dan kekjalahan UMNO boleh lah diletak dibahu DSIS.

UMNO mungkin boleh terima kekalahan  kerana kesilapan kepimpinan jika DSIS menurut kehendak parti.

Selain itu, Ketika PRU15 lalu DSIS ada lah “Poster Boy” yang dihidangkan oleh Barisan Nasional kepada rakyat dan bukan Presiden UMNO.

Tambah lagi , BN menjanjikan DSIS akan menjadi Perdana Menteri jika BN menang.

Maka, atas sebab sebab diatas , termasuk melengahkan pembubaran Parlimen seperti dikehendaki , DSIS harus terima hakikat diri sebagai antara faktor kekalahan BN dan UMNO.

Terlalu lama melengahkan pembubaran selepas PRN Johor telah akibat kan pihak lawan berkesempatan menukar strategi dan mengumpul dana yang banyak.

Jika DSIS akur kepada kehendak parti lalu BN dan UMNO tewas juga , baru lah DSIS boleh menuding jari kepada pihak lain sebagai punca kekalahan.

DSIS dikira bernasib baik tidak dituduh menjadi talibarut pihak lawan untuk mengalahkan BN dan UMNO.

Maka, buat masa ini , DSIS harus pikul ‘stigma’ beliau antara punca besar kekalahan BN dan UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker