#AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk ‘Bahagiakan Dia’ & Konsert

‘Yang Penting Kena Kekal Sihat’

#AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk ‘Bahagiakan Dia’ & Konsert

#AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk ‘Bahagiakan Dia’ & Konsert

Memegang gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) lalu, tidak memberi tiket buat penyanyi, Shila Amzah untuk terus selesa di pentas akhir pertandingan muzik terbesar tanah air kali ini.

Shila Amzah atau lebih mesra dipanggil Sha berkata, cabaran terbesarnya pada kali ini adalah untuk memastikan tubuh badannya kekal sihat menjelang hari penentuan pada 12 Februari ini.

Ianya kerana, persediaan persembahan yang telah dilakukan selama dua hingga tiga bulan hanya akan ditentukan selama lima minit sebelum persembahan secara langsung diadakan.



Tidak terganggu dengan persiapan konsert

#AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk ‘Bahagiakan Dia’ & Konsert

Bukan itu sahaja, ramai sedia maklum bahawa penyanyi berusia 33 tahun itu akan mengadakan konsertnya iaitu Journey to the Future yang bakal berlangsung pada 4 Mac ini.

Apabila ditanya mengenai kekangan masa untuk persiapkan diri bagi kedua-dua persembahan, Sha mengatakan bahawa dia mampu untuk membahagikan masa dengan baik walaupun tempoh boleh dikatakan bertindih.

Setakat ini, Sha masih lagi mampu untuk bahagikan masa untuk dua-dua persembahan. Persediaan pun tetap sama sebab Sha masih lagi teruskan latihan fizikal macam biasa.

Baginya, latihan fizikal sangat penting untuk memastikan dirinya mempunyai kekuatan stamina yang mencukupi demi kelancaran persembahannya nanti.

Shila Amzah akan membawa lagu Bahagiakan Dia bersama Liza Hanim hasil karya daripada Aliff Iskandar dan juga Que Afiq. AJL37 ditaja oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics yang akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari ini.



#AJL37:  Liza Hanim Nak Buat Sehabis Baik Demi ‘Bahagiakan Dia’

#AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk ‘Bahagiakan Dia’ & Konsert

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker