Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?

Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?

Menipu dan terus menipu dan mungkin ianya sudah sebati dengan diri mantan perdana menteri ke 9 yang juga merupakan naib presiden UMNO, Ismail Sabri.

Dalam satu temuramah yang dilakukan oleh Media Mulia TV, beliau menghunakan sepenuhnya kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.

Menurut Ismail Sabri, kononnya beliau adalah orang parti dan beliau sentiasa akur dengan kehendak parti.

Tetapi benarkah begitu?

Hujah pertama yang Ismail Sabri kemukakan melalui petikan video di atas adalah mengenai penangguhan pemilihan UMNO selepas PRU 15.

Ismail Sabri mendakwa, kononnya beliau menggunakan kuasa beliau sebagai perdana menteri untuk mempengaruhi ROS supaya bersetuju dengan kehendak UMNO.

Tetapi mengikut maklumat dari sumber yang sahih, Ismail Sabri sebenarnya cuba mencari jalan supaya ketetapan PAU Khas itu tidak diluuskan.

Sehingga presiden UMNO, DS Zahid, memanggil dan menempelak beliau dan mengemukakan bukti bahawa RoS sudah meluluskan tetapi beliau menyimpan surat kelulusan itu!!!

Ismail Sabri mesti menjelaskan apakah ianya benar?

Sekiranya benar, apakah alasan beliau berbuat demikian?

Hujah kedua Ismail Sabri adalah mengenai pembubaran parlimen.

Beliau mendakwa kononnya melalui lapuran yang beliau ada, beliau sudah memberi amaran bahawa UMNO akan kalah sekiranya PRU 15 diadakan pada tahun 2022.

Persoalannya, setepat mana lapuran yang Ismail Sabri terima?

Bukankah beliau juga mendesak supaya PRN Melaka dan PRN Johor tidak diadakan berdasarkan lapuran yang beliau ada???

Keputusannya, UMNO bukan sahaja menang, malah menang besar dalam kedua-dua PRN tersebut.

UMNO juga mahu supaya parlimen dibubarkan sebaik sahaja selepas PRN Johor.

Ini adalah kerana ketika itu kesemua parti lawan UMNO berada dalam berpecah belah dan sangat lemah.

Tetapi Ismail Sabri enggan, seolah-olah beliau mahu supaya parti lawan mengumpulkan semula kekuatan supaya UMNO dapat ditewaskan.

Beginikan sikap seorang yang mendakwa diri beliau sebagai orang parti?

Paling melucukan, sekiranya benar Ismail Sabri sudah tahu UMNO akan tewas teruk dalam PRU 15, mengapa beliau masih lagi mendesak mahu menjadi ‘poster boy’?

Cukup-cukuplah menipu, akar umbi UMNO bukan bodoh!!!

 

Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker