Bawa Reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin sukarkan Ismail Sabri untuk bertanding.

Oleh Adam Malik

Sehingga hari ini , mantan Perdana Menteri lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Seri Ismail Sabri masih belum umum sama ada akan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO atau tidak.

Mungkin DSIS masih memegang kartu nya rapat kedada dan hanya akan letak dimeja pada waktu yang sesuai.



Tambah lagi beberapa wajah baru akan turut bersaing untuk jawatan Naib Presiden , maka perkiraan yang teliti harus dilakukan oleh DSIS.

Namun , jika DSIS memilih untuk pertahankan jawatan Naib Presiden , maka beberapa kesukaran pasti akan dihadapi nya dengan ‘dented image’ yang membebani nya.

DSIS tidak mendapat jawatan Perdana Menteri dari persetujuan parti dan Majlis Kerja Tertinggi , tetapi mendapat jawatan atas dasar “direct nego” secara perbadi bersama Muhyiddin Yassin.



Sambil membuat rundingan terus secara peribadi dan atas kapasiti Ahli Parlimen , DSIS pula kemudian nya tidak memberi maklum kepada parti bahawa dibelakang tabir beliau ada buat perjanjian sulit.

Ini sebenar nya satu kesalsahan kepada parti.

Boleh dikatakan DSIS terselamat dan masih selamat sama seperti Hishamuddn Hussin ada lah kerana memenangi kerusi Parlimen atas tiket UMNO.



Maka , atas sebab ini parti terpaksa bertindak dengan cara rasional.

Jika DSIS sama seperti Khairy Jamaluddin , sudah pasti akan dikenakan Tindakan lebih keras.

Maka, seperti yang diandaikan , DSIS terpaksa membuat beberapa kajian diri sebelum membuat keputusan untuk bertanding.



Dari banyak sumber yang kami terima , banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh DSIS.

Antara nya , membuat perjanjian sulit cara peribadi tetapi membabit dan mengikat parti UMNO  bersama nya.

Apa yang sepatut dilakukan oleh DSIS ada lah memberitahu Muhyiddin Yassin bahawa beliau (Muhyiddin) perlu berunding dengan parti UMNO terlebih dahulu secara parti dengan parti secara rasmi.

Jawatan Perdana Menteri bukan milik mana mana individu.



Jawatan yang dicuri oleh Tun Mahathir dari Pakatan Harapan secara tipu daya (Sheraton Move)  tidak sepatut nya diperlakukan sebagai milik Muhyiddin untuk diserah kepada DSIS.

Kemudian selepas ini , diketahui oleh parti bahawa ada satu perjanjian sulit yang mesti Ismail patuhi yang mengikatkan parti UMNO.

Tidak seperti Muhyiddin menjadi Perdana Menteri boleh buat apa sahaja, Ismail pula sebalik nya dikongkong.

Walaupun Ismail mndabik dada konon lebih ramai ahli UMNO dilantik kedalam kabinet nya dari kabinet sedia ada didalam kerajaan Pakatan Harapan, namun semua orang tahu yang dipilih Ismail kedalam kabinet mesti yang bukan ProPresiden UMNO dan tidak boleh buat Tindakan atau pengumuman yang menguntungkan UMNO, bahkan digalak kan menunjukan kritikan terhadap Presiden UMNO.



Sambil Presiden PAS Haji Hadi boleh memilih siapa yang dia kehendaki jadi Menteri Perikatan Nasional , UMNO tidak di izinkan memilih yang tidak disetujui Muhyiddin.

Selain dari hal hal ini, DSIS dilihat sebagai akur kepada kehendak musuh UMNO dan Muhyiddin.

Antara nya , menyerah peruntukan PMO hampir separuh kepada Muhyiddin dan kerana tiada Timbalan Perdana Menteri kesemua peruntukan juga harus diserah kepada Muhyhiddin Yassin.

Siapa yang berkuasa sebenar nya?

Kenyataan tentang wang PMO ini dinyatakan sendiri oleh Mukhriz Mahathir didalam sebuah video.

DSIS juga dilihat melengah lengah kan pembubaran Parlimen sejajar dengan kehendak musuh dan hanya bubar Parlimen lewat kemudian setelah musuh bernafas dan lengkap strategi.

Banyak lagi kesilapan dilihat telah dilakukan oleh DSIS seperti sumber memberitahu bahawa orang orang yang rapat dengan nya berkonspirasi memenjarakan Datuk Seri Najib Razak dengan segera.

(Sebaran audio tular)

Setelah DSNR segera dimasuk kan penjara , pihak DSIS tidak pula memenuhi gap sokongan yang ditinggalkan oleh DSNR.

Paling sukar hendak diterima adalah DSIS menjadi “Poster Boy” dan juga dijanjikan jawatan Perdana Menteri, tetapi apabila Barisan Nasional tewas dan kekurangan kerusi , kesalahan diletak kan kepada Presiden UJMNO pula.

Jika menang Ismail untung , jika kalah Zahid harus tanggungjawab.

Ketika Parlimen dibubar Ismail yang menjadi Perdana Menteri dan bukan Zahid Hamidi.

Kapasiti sebagai Perdana Menteri lebih luas dan besar , kapasiti Presiden UMNO sekadar jaga UMNO sahaja , namun apabila tidak menang banyak kerusi , Presiden pula yang disuruh undur sedangkan ada Pedana Mentei dari UMNO pun tidak memikat hati rakyat dan tidak membawa kejayaan dan manfaat kepada parti.

Ini jelas rakyat melihat , Perdana Menteri hanya mewarisi beban Perdana Menteri sebelum nya , ia itu Perdana Menteri tersingkat tapi menggunakan ratusan billion perbelanjaan Ketika darurat Covid terpanjang dalam dunia dimana Ketika itu rakyat mengibar bendera putih.

Maka , rumusan nya, Datuk Seri Ismail bakal hadapi laluan sukar jika mahu bertanding jawagtan Naib Presiden dan hanya ‘keajaiban’ sahaja boleh membantu dengan reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan pihak lain.

Tambah lagi ada pesaing yang lebih hebat mahu mencuba nasib pada pemilihan kali ini.

Konklusi nya, laluan sukar akan dihadapi oleh DSIS jika mahu bertanding.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button