King of the road ‘tewas’ kepada peniaga restoran bolot parkir
Kerusi ‘naik’ bumbung, Myvi tersekat tak boleh keluar!
King of the road ‘tewas’ kepada peniaga restoran bolot parkir

NAMPAKNYA kedudukan kereta yang diberi jolokan ‘King of the road’ terjejas gara-gara tindakan ‘cop parking’.
Mana tidaknya, sebuah kereta Myvi di hadapan sebuah kedai makan tidak dapat dialihkan gara-gara-gara pengusaha premis itu meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir.
Situasi ini menunjukkan bahawa isu ‘cop parking’ tidak berkesudahan, malah ia bukan lagi hanya berlaku di kawasan perumahan.

Tular beberapa foto menunjukkan sebuah kereta Myvi ‘disekat’ di kawasan parkir di hadapan restoran yang menempatkan meja makan untuk pelanggan.
Kejadian dipercayai berlaku di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Tindakan pengusaha restoran itu termasuk pekerjanya hanya menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan kemudahan parkir disediakan untuk orang awam.
Malah, beberapa gambar turut menunjukkan sebuah kerusi diletakkan di atas kereta Myvi berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
Selain meja dan kerusi tambahan, turut dipasang di petak parkir hadapan kedai makan itu adalah khemah besar.
Nak meniaga tapi menyusahkan orang, habis parking semua kau nak bolot. – NETIZEN
Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pengusaha restoran tersebut dan menganggapnya sebagai perbuatan khianat.
Selain itu, segelintirnya mempersoalkan sama ada restoran berkenaan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meletakkan meja dan kerusi tambahan di sepanjang tapak parkir kenderaan.

“Nak berniaga tapi menyusahkan orang, habis parking semua kau nak bolot.
“Nak berniaga ada kereta parking, janganlah kau halang dengan kerusi meja tu. Kau sebagai peniaga bertolak ansur rasanya tak akan ada isu di kemudian hari. Itu parking kereta, jadi kemudahan khusus untuk park kereta. Nak letak kerusi meja pun tunggulah kereta tu blah (pergi) dulu.
“Cara B40 berniaga. Niaga asal boleh. Bila kena angkut buat video TikTok, konon orang aniaya.
“Kot ye pun, jangan la sampah bubuh kerusi atau kereta kawan tu. Nampak sangat macam nak ajak bergaduh, padahal benda boleh bincang.
“Nampak jadi salah Myvi pula parking kat situ. Padahal terang-terang tu kawasan parking,” demikian antara komen netizen.
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
King of the road ‘tewas’ kepada peniaga restoran bolot parkir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?
- Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN
- Pemilihan Ketua Pemuda, ada yang ‘jual’ nama?
- UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan “Bisul” negara.
- “Perjanjian Rahsia” antara sebab Ismail Sabri gagal
- Pemilihan UMNO : KUDETA 2.0 sedang diatur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini