Ameerul Asyraf : Ia kisah silam saya

Kenapa selepas 4 tahun nak sebarkan video itu?

Ameerul Asyraf : Ia kisah silam saya

Ameerul Asyraf : Ia kisah silam saya
Ameerul menjelaskan video tular itu merupakan kisah silamnya.

AKTOR Ameerul Asyraf Mohammad mengaku video aksi cium dalam sebuah kelab yang ketika ini tular ialah dirinya.

Ameerul, 32, bagaimanapun menjelaskan video berkenaan merupakan rakaman lama yang dirakamkan sekitar tahun 2019 dan mempersoalkan kenapakah ada pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan aibnya termasuk kepada teman wanitanya dikenali sebagai Eyra Zirah.

“Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kenapa baru sekarang nak sebarkan?” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Eyra yang mendakwa dia teman wanita Ameerul mendedahkan video tersebut di laman Tiktok miliknya selain meluahkan rasa kecewa aktor berkenaan bersikap curang terhadapnya.

Ameerul Asyraf : Ia kisah silam saya
Eyra mendedahkan video berkenaan di Tiktok miliknya.

Ini kerana kata Eyra, dia sentiasa bersama Ameerul pada waktu senang dan susah malah mendakwa aktor itu berjanji mahu mengikat tali pertunangan dengannya tahun ini.

Dalam pada itu, Ameerul tidak menolak video tersebut dihantar sendiri oleh wanita bersamanya dalam rakaman berkenaan kepada Eyra memandangkan tiada siapa memiliki salinan video tersebut.

Jelas Ameerul, dia sendiri tidak pasti motif wanita tersebut bertindak sedemikian apatah lagi selepas empat tahun kejadian itu berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni. Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu sebarkan sekarang selepas empat tahun kejadian itu berlalu.

“Saya juga tak pasti apa dia mahu? Tapi kami masih lagi berkawan. Saya rasa video itu hanya ada padanya. Tak tahulah kalau kawan-kawan dia mempunyai salinan. Tapi saya dapat rasakan dia sendiri yang hantar,” katanya.

Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya.

AMEERUL ASYRAF MOHAMMAD

PELAKON

Sementara itu, Ameerul menjelaskan dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Eyra memandangkan wanita itu terlebih dahulu memuat naik video berkenaan di TikTok.

Akuinya, ketika ini pun dia masih belum menghubungi Eyra kerana tidak mahu memburukkan keadaan apatah lagi dia sedar emosi seorang wanita yang sedang marah.

“Saya memang nak terangkan pada Eyra mengenai video ini. Dan Saya faham sekarang mungkin dia sedang marah. Saya tak dapat nak cakap apa-apa dan dia terus upload di TikTok,” ujarnya.

Menjelaskan mengenai dakwaan Eyra kononnya mereka mahu mengikat tali pertunangan, Ameerul berkata dia sendiri tidak pasti mengenai perkara tersebut.

 

Ameerul Asyraf : Ia kisah silam saya
Ameerul mahu fokus kepada lakonan sebelum fikir tentang kahwin.

Apa paling jelas kata Ameerul, ketika ini dia mahu memberi fokus kepada karier sebagai pelakon selain keluarga dan menyerahkan urusan jodoh kepada takdir.

“Saya dengan Eyra memang berkawan tapi saya tidak tahu kenapa ada kata kami akan bertunang? Dan  Saya masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, kalau ada jodoh InsyaAllah.

“Saya memang rapat dengan dia. Eyra pun ada temani saya ke lokasi (penggambaran) tapi buat masa ini biarlah saya fokus keluarga dan karier. Kewangan pun belum stabil untuk berkahwin,” katanya.

Air mata, darah dan keringat

Ameerul Asyraf : Ia kisah silam saya

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker