Bau pelik bongkar penemuan 3,000kg ketum

Bau pelik bongkar penemuan 3,000kg ketum

Bau pelik bongkar penemuan 3,000kg ketum
Lori yang dista JPJ Ahad lalu membawa 3,000 kilogram ketum. – Foto ihsan JPJ

GERIK: Bau pelik daripada sebuah lori disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahad lalu kerana disyaki mengguna nombor pendaftaran palsu menemukan lebih 30 bungkusan hitam berisi daun ketum seberat 3,000 kilogram (kg), sehari selepas itu.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Perak, Mir Khairol Hafizal Mir Idris, berkata lori itu ditahan jam 10.30 malam di KM4.7 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) iaitu di hadapan Stesen Penguatkuasaan Gerik melalui operasi harian selepas didapati pemandunya tidak mempunyai lesen memandu.

Menurutnya, arahan penghantaran yang diserahkan pemandu itu menunjukkan barangan dibawa adalah barangan runcit bagi penghantaran ke kedai runcit sekitar Kelantan.

Katanya, bagaimanapun sehari selepasnya iaitu pada Isnin lalu, beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas mendapati terdapat bau pelik pada lori itu sebelum arahan pemeriksaan dikeluarkan oleh Ketua Stesen Penguat Kuasa JPJ Gerik.

“Anggota bertugas yang membuka kanvas lori itu mendapati lebih 30 bungkusan hitam berisi daun ketum dengan berat kasar keseluruhan barangan dianggarkan 3,000kg.

“Kes dirujuk kepada Ketua Stesen dan laporan polis dibuat di Balai Polis Bersia, Gerik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan

Bau pelik bongkar penemuan 3,000kg ketum

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker