Jatuhkan kerajaan melalui MP yang disogok

 

Oleh – Adam Malik


Jatuhkan kerajaan melalui MP yang disogok

Mungkin tiada Ahli Parlimen yang akan mengaku telah disogok atau wang telah dimasukan ke akaun luar negara.

Tetapi , jika bermati-matian hendak jadi calon Parlimen tapi kemudiannya tiba tiba menyerah semula kerusi untuk dipertandingkan tentu ada yang lebih besar dari gaji dan elaun Ahli Parlimen.

Tidak mengaku pun rakyat sudah boleh meneka ada terima habuan besar dari pendapatan AP selama 4 tahun.

Mustahil mahu serah kerusi dengan alasan tidak lagi percaya dengan Zahid atau Umno.

Banyak juga grup grup WA dan fesbuk fesbuk bermain kisah ada pihak kaya raya yang sangat desperado untuk menjatuhkan kerajaan bagi menutup kes kes mereka yang hampiri hari perbicaraan.

Dapatan awal sebelum bicara sememangnya 80% mereka akan tersabit kerana bukti terlalu kuat.

Jalan menyelesaikan adalah menukar kerajaan supaya dapat kawal agensi tertentu umum tiada kes atau gugur kes dan mungkin bicara pura pura terpebih dulu dan kemudian istihar tidak bersalah.

Pelan pelan ini sudah pun diketahui.

Sambil itu pihak orang kaya ini membiayai gerakan untuk jatuhkan Presiden Umno. Ada NGO dikatakan sudah terima sogokan untuk kempen ini.

Persoalannya, kenapa terdesak sangat?

Mudah sahaja, apa guna ada duit berbilion tapi turun naik mahkamah, lebih baik habiskwn bilion beli jiwa untuk buat kerja khianat demi mahu gugurkan kes.

Benar juga kata orang, walau duit berbilion tapi hasil curian duit rakyat, hidup tetap tidak sejahtera.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker