Tiga lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu

 

Tiga lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu
Tiga lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu

BESUT: Tiga lelaki dikhuatiri hilang selepas tersesat ketika mendaki bukit di hutan Gunung Tebu, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menerima panggilan daripada seorang wanita dipercayai ibu seorang mangsa melalui panggilan telefon, kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Katanya, ibu kepada Muhammad Asroy Mohd Aluwi memaklumkan anaknya menyertai aktiviti berkenaan bersama dua lagi mangsa.

“Semua mangsa datang dari Kuala Terengganu ke lokasi untuk memanjat Gunung Tebu pada 31 Ogos.



“Mangsa yang hilang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Azrol berkata, operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) dilancarkan pada jam 3.30 petang tadi.

“Operasi terdiri daripada empat pegawai kanan dan lapan anggota polis, seorang pegawai dan sembilan anggota bomba, satu pegawai dan empat anggota Pertahanan Awam serta enam orang kampung (malim gunung),” katanya.

Beliau berkata, operasi dihentikan pada jam 6 petang kerana cuaca hujan serta gelap dan akan disambung semula pada jam 8 pagi esok.



Tiga lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker