Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno

Mahu menjadi 'Mahathir 2.0' dalam Umno?

Oleh – Baktiar Omar


 

Serangan terbuka Ismail Sabri terhadap Umno menimbulkan keresahan di kalangan hali Umno yang agak keliru apa sebenarnya yang mahu beliau mahukan.

Adakah beliau ‘diarahkan’ untuk menyerang Umno menjelang tarikh pemilihan? Jika ‘diarahkan’, siapa yang mengeluarkan arahan tersebut?

Dalam satu temubual dengan sebuah portal, Ismail Sabri menyalahkan kepimpinan tertinggi Umno yang didakwa memberi tekanan terhadapnya ketika bergelar Perdana Menteri.



Malah, dalam satu kenyataan, Ismail menuding kepada Pemuda Umno sebagai salah satu punca desakan serta tekanan terhadapnya. Beliau merujuk kepada laungan bubar oleh sekumpulan Pemuda Umno selepas Umno berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN Johor.

Ismail Sabri juga mendakwa beliau telah memaklumkan maklumat dari pelbagai agensi yang menjurus kepada kekalahan Umno sekiranya parlimen dibubarkan mengikut kehendak parti.

Menjadi persoalan misteri, mengapa beliau bersetuju menjadi ‘poster boy’ jika sudah tahu Umno akan kalah dalam PRU?

Sebagai ahli politik, jika sudah mengetahui akan kalah, seharusnya tidak mengambil risiko untuk dijadikan ‘poster boy’, tetapi berlainan dengan pendirian Ismail Sabri.



SERANGAN UNTUK UJI POPULARITI KALANGAN PENYOKONG?

Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno

Serangan Ismail Sabri terhadap Umno bermula selepas PAU2022 dan tindakan tatatertib yang telah diambil terhadap ahli Umno yang dikatakan melanggar Perlembagaan Parti.

Selaku Naib Presiden Umno, Ismail Sabri, serangan beliau sebenarnya hanya akan mengeruhkan keadaan dalaman parti.Β 

Beliau mengakui dirinya adalah orang parti tetapi tindakannya tidak memberi refleksi seperti apa dituturkannya.

Adakah beliau sebenarnya cuba menguji tahap populariti untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya?

Atau sebenarnya Ismail Sabri kecewa kerana peluang untuk merebut jawatan Presiden atau sekurangnya Timbalan Presiden tidak tercapai ekoran keputusan Perwakilan Umno yang bersetuju agar 2 jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan?

Ismail perlu menoleh sebentar apa yang telah dilakukannya ketika beliau sendiri ketika membawa 13 sokongan ahli parlimen BN menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri.Β 

Adakah itu pendirian Umno ketika beliau tahu parti mendesak agar Muhyiddin melepaskan jawatannya kerana telah gagal mentadbir negara.

Itu belum menyentuh mengenai ‘perjanjian sulit’ antara beliau dan Muhyiddin yang dipersoalkan ahli Umno sendiri.

Beliau sepatutnya mengambil pendirian untuk menyeru semua ahli Umno kembali merapatkan jurang yang terjadi menjelang pemilihan Umno pada Mac depan.Β Bukannya menyerang dan merosakkan lagi parti secara terus-terusan.

Beliau sudah menikmati kedudukan tertinggi dalam politik sebagai Perdana Menteri dan kini masanya beliau memberi sokongan terhadap Umno yang diberikan tempat dalam kerajaan perpaduan.

Mungkin sudah sampai masanya Ismail Sabri memikirkan tempoh bertenang sebelum berundur dari arus perdana politik dan Umno.Β 

Jangan sampai menjelma menjadi ‘Mahathir 2.0’ yang hanya tahu mengkritik sesiapa sahaja dalam Umno yang dirasakan tidak mengikut apa kehendaknya.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker