Pekebun dituduh bunuh rakan guna pisau

Pekebun dituduh bunuh rakan guna pisau
Pekebun, S Alphonsus, diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas tuduhan membunuh rakannya dalam kejadian di Taman Silibin, pada 4 November lalu.

Pekebun dituduh bunuh rakan guna pisau

IPOH: Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh rakannya dalam kejadian di Taman Silibin di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, S Alphonsus, 40, mengangguk faham ketika pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nur Melati Diana Abd Wahab.

Dia dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Tertuduh didakwa dengan sengaja membunuh R Ravindran, 35, menggunakan pisau dalam kejadian di Jalan Persiaran Jelapang 18, Taman Silibin, di sini, antara jam 1 hingga 2 pagi pada 4 November lalu.

Bagaimanapun di mahkamah sama, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan dihadapinya iaitu memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang dibaca bersama Seksyen 38B(1).

Sabit kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, manakala mengikut Seksyen 38B(1) ADB, tertuduh boleh diperintah menjalani perintah pengawasan di antara dua hingga tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam bela, J K Kala.



Majistret menetapkan 9 Februari tahun depan untuk sebutan semula bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pekebun dituduh bunuh rakan guna pisau


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker