Kes Najib wajar digugurkan dengan kadar segera.
Oleh Adam Malik
Perkembangan soal jawab pada sesi perbicaraan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi semakin melalut.
Malah soal jawab menampak kan jawaban jawaban yang sangat jelas kes tersilap dakwa dan lebih kepada hal teknikal dan bukan hal pembuktian jenayah.
Joanna Yu sebagai Pegawai AMBANK yang mengurus akaun Datuk Seri Najib sendiri sudah mengaku yang dia gagal dalam mengurus akaun Datuk Seri Najib.
Selain itu , amat pelik Joana Yu secara rasmi telah ada kesalahan dibawah akta BAFIA dimana telah berurusan dengan pihak ketiga (Jho low) yang bukan pemilik akaun atas nama DSNR.
Antara kesalahan lain ada lah Joana Yu telah menyembunyi kenyataan bank dari pemilik akaun itu sendiri atas arahan orang lain yang bukan pemilik akaun.
Ini semua jelas bukan kesalahan DSNR.
Kesalahan lain adalah akibat perbuatan Joana Yu berkerjasama dengan Jho Low , maka Jho Low telah dapat maklumat rahsia akaun bank lalu pergunakan nya untuk menipu.
DSNR ada membuat kes saman terhada Joana Yu namun mahkamah telah pertahan kan Joana Yu dan kes saman DSNR itu telah ditolak oleh mahkamah.
Sambil itu AMBANK sendiri telah memecat Joana Yu atas kesalahan BAFIA , namun , bagaimana kes saman DSNR terhadap Joana Yu ditolak menjadikan nya satu kemusykilan.
Joanna Yu telah mengaku yang Datuk Seri Najib mungkin tidak tahu semua urusan berkaitan akaun bank akibat kenyataan bank yang disembunyi dan tidsk dihantar ke rumah DSNR di Jalan Duta mahupun Seri Perdana.
Joanna Yu telah disoal oleh Tan Sri Shafee dan akibat tekanan konsisten oleh pasukan pembelaan DSNR, maka telah dapat mengukuhkan hujah DSNR tidak terlibat dan tidak mengetahui komplot Jho Low dan yang lain.
Banyak lagi kejanggalan pada kes ini dan juga kepincangan yang terlalu jelas yang mana ,kes menjadi begitu lemah dan seolah olah dibuat buat semata mata hendak mengenakan DSNR.
Maka , amat wajar lah kes 1MDB dan juga SRC digugurkan sahaja kerana pembuktian terlalu lemah dan membabitkan Tindakan pihak lain dan bukan Tindakan DSNR.