Dadah RM737,000 dirampas, ‘runner’ ditahan

999eb002c46ccfd4b9e88f619f83e8a75fb6144dc9389Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU, 30 Nov — Polis Johor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM737,000 menerusi tiga serbuan di Seri Alam pada Khamis dan Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sindiket itu dipercayai beroperasi sejak enam bulan lepas.

Beliau berkata dalam operasi khas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah rumah pada 6.30 petang Khamis lepas, seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun yang bertindak sebagai ‘runner’ ditahan.

“Suspek dipercayai menerima bekalan dadah dari utara untuk tujuan edaran di sekitar Johor Bahru.

“Dipercayai, modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan penghantaran…suspek ditahan adalah runner. Kita akan terus lakukan siasatan mungkin ada saki-baki termasuk ketua sindiket masih bebas,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, antara dadah yang dirampas ialah 2,734 kilogram syabu, 12,000 biji pil ekstasi, 23,000 biji pil Erimin 5 dan 530 gram ketamin.

“Dadah ini dipercayai untuk (edaran di) pusat hiburan, individu dan lain-lain,” katanya.

Pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Camry, sebuah Nissan Grand Livina, seutas gelang emas dan wang tunai RM1,700 dengan keseluruhan nilai sitaan RM74,700 menerusi tiga serbuan itu.

Ayob Khan berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 27 Nov untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Polis tahan 12 individu, rampas ganja bernilai RM2.16 juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker