Azmin Ali mulakan ‘Langkah Haziq’ di Morib?

Oleh – Bakhtiar Omar


Azmin Ali mulakan 'Langkah Haziq' di Morib?

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri AZMIN ALI akan meninggalkan DUN Bukit Antarabangsa bagi membolehkan beliau bertukar ke DUN Morib pada Pilihanraya Negeri (PRN)?



Sudah ada khabar yang berlegar di Selangor, Azmin akan memulakan ‘Langkah Haziq’ bagi membolehkan beliau bertanding walau ada kenyataan awal beliau membayangkan tidak bertanding dalam PRN.

Ini bagi membolehkan calon muda diketengahkan dalam PRN kali ini.

Bagaimanapun, selepas mengambilkira beberapa faktor, Azmin mendapat ‘ilham’ untuk bertanding di kawasan baru yang kurang berisiko untuk karier politiknya.



Dalam PRU15, Azmin kalah di tangan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari dalam mempertahankan merusi Parlimen Gombak. Turut akan terjejas pada PRN ini ialah kerusi DUN Gombak Setia yang diwakili Hilman Idham.

Hilman masih menghadapi kes di Mahkamah dan ini memberikan imej buruk kepada beliau serta karier politiknya. Hilman juga dijangkakan tidak akan bertanding memandangkan beliau turut bersama Azmin ‘melompat’ ke BERSATU selepas ‘Langkah Sheraton’.

Azmin Ali mulakan 'Langkah Haziq' di Morib?

Sudah tentu Azmin Ali tidak mahu menanggung risiko membawa Hilman bersama dalam PRN kali ini dan beliau memilih untuk ‘menyelamatkan diri’ terlebih dahulu.



Morib kini diwakili oleh YB Hasnul Baharuddin dari AMANAH yang telah menang kawasan tersebut sejak 2013.

DUN Sijangkang yang merupakan sebahagian dari Parlimen Kuala Langat diwakili PAS manakala Banting diwakili DAP.

Mengikut pertimbangan politik, Morib berpotensi untuk dimenangi Azmin yang akan turut dibantu Sijangkang dalam kempen PRN.

Azmin Ali mulakan 'Langkah Haziq' di Morib?



Ini akan memberi kelebihan buat Azmin dan sekiranya PN berjaya memecahkan dominasi PH di Selangor, besar kemungkinan Azmin akan sekali lagi menjadi Menteri Besar Selangor.

Adalah rugi untuk PN jika tidak mencalonkan Azmin di Morib kerana mereka ketandusan calon untuk diangkat sebagai MB Selangor.

Siapa pula akan dihantar Pakatan Harapan untuk berdepan dengan Azmin Ali jika beliau bertanding di Morib?

 



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button