SPRM tahan dua pembantu penguat kuasa kanan

SPRM tahan dua pembantu penguat kuasa kanan

SPRM tahan dua pembantu penguat kuasa kanan
SPRM menahan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki menerima wang rasuah. – Gambar hiasan NSTP

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki menerima wang rasuah, bagi permohonan lesen memandu dijamin lulus.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang, ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor, hari ini.

Penahanan suspek berkenaan susulan penahanan dua individu sebelum ini membabitkan seorang wanita, iaitu pekerja sambilan dan seorang pengajar lelaki di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta wang daripada calon ujian memandu sebagai dorongan bagi mendapatkan lesen ‘dijamin lulus’.



Jelas sumber berkenaan, kedua-dua suspek masing-masing dipercayai menerima wang tunai berjumlah RM1,750 dan RM750 bagi tujuan itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan semua suspek itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman.

Pegawai agensi penguat kuasa direman libatkan jenayah

SPRM tahan dua pembantu penguat kuasa kanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker