Terdedah Dakwaan KJ Di Tawarkan Jawatan MB Selangor Hanya Propa

Terdedah Dakwaan KJ Di Tawarkan Jawatan MB Selangor Hanya Propa

Khairy Jamaluddin (KJ) yang dipecat dari UMNO atas kesalahan disiplin mendakwa beliau sudah menerima tawaran untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/654137

Oleh kerana itu, KJ kononnya sedang membuat pertimbangan untuk bertanding di PRN Selangor yang akan diadakan pada tahun ini.

Walau pun KJ tidak menamakan parti yang kononnya sudah membuat tawaran kepada KJ, namun boleh dianggap parti tersebut adalah Perikatan Nasional (PN).

Adalah agak mustahil Pakatan Harapan (PH) yang membuat tawaran tersebut.

Ini adalah kerana, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim pernah menegaskan, apa pun keputusan untuk menerima ahli UMNO yang dipecat, kestabilan Kerajaan Perpaduan menjadi keutamaan.

Memandangkan UMNO merupakan komponen penting dalam kewujudan Kerajaan Perpaduan, tidak mungkin Anwar akan menggadaikan kerjasama tersebut.

Tetapi agak mengejutkan apabila PN pula menafikan pernah membuat tawaran kepada KJ untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya beliau memenangi PRN Selangor.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/08/pas-selangor-tak-pernah-bincang-tawaran-untuk-kj/

Menurut Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir, parti itu mempunyai ramai calon berpengalaman dan berkemampuan untuk diangkat calon menteri besar Selangor.

“PAS Selangor tak pernah bincang secara spesifik tawaran untuk KJ,” dedah beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PPBM Selangor, Zulkafperi Hanapi, berkata tiada tawaran kepada KJ sebagai calon atau menteri besar jika PN menang.

“Tiada perbincangan antara pimpinan PPBM Selangor dengan KJ berhubung tawaran itu setakat ini,” jelas beliau lagi.

Jadi, parti mana yang KJ dakwa menawarkan jawatan Menteri Besar Selangor kepada beliau?

Atau iany sekadar propa untuk menyedapkan hati sendiri…😜😜😜

 

Terdedah Dakwaan KJ Di Tawarkan Jawatan MB Selangor Hanya Propa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker