SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin

SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin

SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin

Pernah tular syarikat Iris Information Technology (Iris) mempunyai kaitan dengan S5 Holdings Incorporation (S5) dikatakan menerima projek NIIS daripada kerajaan bernilai RM1.16 bilion.

Syarikat 5S pula didakwa mempunyai kaitan dengan menantu mantan perdana menteri, Muhyiddin Yasin, Muhamad Adlan Berhan.



Adlan didakwa mempunyai kepentingan di dalam 5S melalui pegangan saham dari syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd.

Persoalan timbul apabila penganugerahan projek NIIS kepada Iris melalui rundingan dengan syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah Darurat berkuat kuasa.

Pihak SPRM dilapurkan sudah membuka kertas siasatan berkenaan projek berkenan.

Baca di sini:



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/08/sprm-siasat-kemungkinan-salah-guna-kuasa-dalam-kontrak-menantu-bekas-pm/

Menurut sumber, siasatan SPRM memfokuskan kemungkinan berlaku salah guna kuasa berkaitan projek tersebut.

“SPRM sedang menyiasat bagaimana kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat itu dengan mereka yang berkuasa ketika itu”.

“Bukti baharu berhubung kes itu muncul, termasuk projek terbabit kini diklasifikasikan projek sakit kerana hanya mencapai sedikit kemajuan”.



SPRM mungkin akan memanggil anggota kanan pentadbiran terdahulu sebagai sebahagian daripada siasatannya,” kata sumber itu.

Kita berharap agar siasatan dapat dilakukan dengan segera memandangkan isu tersebut telah timbul sejak dari tahu 2021 lagi.

Semuga siasatan SPRM kali ini tidak lagi menjadi ‘projek gajah putih’ sebagaimana siasatan beberapa kes berprofil tinggi sebelum ini.

Sekiranya benar berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan, setiap yang terbabit mesti diheret ke muka pengadilan dengan segera.



 

SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button